KL TODAY
Tindakan
seorang ahli kumpulan penceroboh Sultan Sulu yang menjadikan 80
penduduk kampung di Kampung Sinalang Lama, Semporna dekat sini sebagai
tebusan berakhir apabila dia dibelasah sebelum dibunuh oleh 20 pemuda
kampung berkenaan semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, pengganas terbabit yang merupakan seorang warga emas berusia 60-an dikatakan cuba mengarahkan semua tebusan berjalan ke sebuah masjid sebelum dia diserang penduduk.

Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, lelaki tersebut merupakan salah
seorang daripada kumpulan bersenjata yang berbalas tembakan dengan
pasukan keselamatan di Kampung Simunul dekat sini sehingga mengorbankan
lima anggota polis.
Katanya,
lelaki itu berjaya menyelinap keluar dari Kampung Simunul melalui
kawasan pantai sebelum memasuki kawasan Kampung Sinalang Lama dan
menawan 80 penduduk kampung di situ.
Jarak Kampung Simunul dengan Kampung Sinalang Lama adalah tujuh kilometer.
“Lelaki
berbangsa Suluk yang lengkap bersenjata M16 dan pelancar bom itu telah
bertindak mengetuk pintu rumah penduduk kampung sebelum mengarahkan
mereka berkumpul.
“Selepas itu, dia mengarahkan kesemua 80 penduduk kampung menuju ke sebuah masjid,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Hamza menambah, ketika dalam perjalanan ke masjid itu, seramai 20 pemuda daripada kumpulan penduduk itu bertindak menangkap sebelum memukul dan membunuh pengganas tersebut.
Hamza menambah, ketika dalam perjalanan ke masjid itu, seramai 20 pemuda daripada kumpulan penduduk itu bertindak menangkap sebelum memukul dan membunuh pengganas tersebut.
“Dari segi
undang-undang, perbuatan penduduk kampung itu mungkin kasar, tetapi
mereka merupakan tebusan dan berhak mempertahankan nyawa,” ujarnya.
Sementara
itu, Hamza berkata, polis dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia
sedang menyediakan perincian akhir sebelum mengambil tindakan drastik
terhadap kumpulan penceroboh yang masih enggan menyerah diri.
“Setakat
ini, tiga anggota kumpulan penceroboh itu ditahan ketika cuba keluar
dari kawasan kawalan di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Dua daripada mereka
ditahan semalam (kelmarin) dan seorang lagi ditahan pagi ini
(semalam),” katanya.
“Pada
saya, tindakan itu walaupun dari segi undang-undang nampak salah,
tetapi kita perlu ingat mereka dianggap tawanan. Mereka mengambil
tindakan balas untuk menyelamatkan diri,” katanya.
Sementara
itu, Hamza berkata polis dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia
sedang menyediakan perincian akhir sebelum mengambil tindakan drastik
terhadap kumpulan penceroboh yang masih enggan menyerah diri.
Beliau berkata walaupun pihaknya sudah menjatuhkan risalah tapi mereka masih enggan menyerah diri.
“Setakat
ini tiga anggota kumpulan penceroboh itu ditahan ketika cuba keluar
dari kawasan kawalan di kampung Tanduo. Dua daripada mereka ditahan
semalam dan seorang lagi ditahan pagi ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan