KL TODAY
Ketua
gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram didakwa masih
berada di Sabah, walaupun pihak media Malaysia melaporkan dia telah
melarikan diri dan kembali ke negara ini, dakwa anak pemimpin pengganas
Sulu, Jacel Kiram semalam.
“Kami bercakap dengannya (Azzimuddie) melalui telefon pagi tadi (semalam),” kata Jacel kepada akhbar dalam talian Rappler.com
“Kami bercakap dengannya (Azzimuddie) melalui telefon pagi tadi (semalam),” kata Jacel kepada akhbar dalam talian Rappler.com
Katanya, perbualan rutin selama 30 saat setiap hari itu membuktikan Azzimuddie masih berada di Sabah.
Pihak
berkuasa Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa Azzimuddie, 72, telah
meninggalkan orang-orangnya di Lahad Datu dan kini sedang bersembunyi
untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa negara tersebut.
Jacel menegaskan, bapa saudaranya itu dan beberapa pengikutnya sedang menyembunyikan diri di Sabah.
Dia juga
menafikan Datu Amirbahar Hushin Kiram, 40 yang ditahan pihak berkuasa
Malaysia berpangkat jeneral dalam tentera Kesultanan Sulu.
Katanya, Amirbahar telah menjadi penduduk tetap Sabah sejak empat tahun lalu.
Katanya, Amirbahar telah menjadi penduduk tetap Sabah sejak empat tahun lalu.
“Dengan
penahanan Amirbahar, pihak berkuasa Malaysia memberitahu masyarakat
antarabangsa yang mereka berjaya mengawal keadaan dan ia tidak benar,”
kata Jacel.
“Kami perlu berhati-hati. Dia bukan seorang jeneral,” tambahnya.
Sebelum
ini Jacel pernah menipu dengan menunjukkan sekeping gambar palsu yang
didakwanya sebagai anggota keselamatan Malaysia yang mati selepas
bertempur dengan pengikut bapanya.
Gambar itu merupakan askar-askar Thailand yang terkorban pada tahun 2007 yang disiarkan di internet.
Azzimuddie
dan sejumlah pengikutnya memasuki Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari
lalu untuk menuntut tanah yang didakwa hak milik nenek moyang mereka.-Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan