KL TODAY
PETALING JAYA:
Tarikh pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) masih menjadi tanda tanya
namun ‘perang’ pilihan raya telah bermula dengan internet menjadi medan
utama untuk tujuan ini. Setelah para bloger menggunakan blog mereka
untuk mengemukakan pendapat, menangkis isu atau mempertahankan
mana-mana ahli politik, baru-baru ini muncul beberapa video yang
dibikin khas sempena pilihan raya dan dimuat naik di internet melalui
laman sosial Youtube.
Video-video
ini secara tidak langsung telah menerbitkan ‘bahang’ kempen pilihan
raya yang mana ia boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
Video
bertajuk “Mr Mansuh” misalnya menarik perhatian ramai apabila pembuat
video berkenaan menggunakan kreativitinya untuk menonjolkan watak
seorang pemimpin yang membuat janji-janji manis kepada masyarakat.
Video
animasi berdurasi 2.37 minit ini turut diselitkan dengan lagu, berserta
lirik mengenai pemansuhan tol, pemansuhan pinjaman pendidikan dan
penurunan harga minyak.
Sambil
itu, karektor pemimpin berkenaan digambarkan melalui watak seorang wira
atau ’superhero’ yang mampu membawa perubahan dan kesenangan kepada
masyarakat.
Sejak dimuat naik dua minggu lalu, video ini telah ditonton oleh 5,173 penonton.
Seramai 65 orang daripada mereka yang menonton video ini memberi tanda ‘like’.
Sebuah
lagi video di laman sosial sama dan manjadi tontonan ramai ialah video
gabungan ucapan beberapa pemimpin negara yang diambil pada waktu dan
lokasi berbeza.
Melalui
video ini, dapat dilihat ia telah melalui satu proses suntingan yang
dilakukan dengan teliti sehingga seolah-olah terhasilnya babak
perbincangan politik di antara mereka.
Dimuat naik di Youtube kira-kira tiga minggu lalu, video berdurasi 3.17 minit ini telah ditonton sebanyak 250,219 kali.
Selain
itu, terdapat juga video “Lagu Kempen Umno” yang memaparkan aksi
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berucap.
Aksi
perdana menteri ketika menyampaikan ucapan itu telah disunting menjadi
aksi seolah-olah Najib sedang menyampaikan sebuah lagu kempen yang
diberi judul “Kita Tahu”.
Video yang disiarkan di Youtube sejak dua bulan lalu ini telah ditonton sebanyak 10,357 kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan