UNTUK tiga kali berturut-turut iaitu pada 1 Mac, 8 Mac dan 15 Mac, rakan, saudara dan ahli keluarga penulis telah tanya sama ada Parlimen akan dibubarkan pada tarikh-tarikh tersebut.
Tetapi seperti yang para pembaca semua sedia maklum, Parlimen tidak juga dibubarkan.
Pakcik penulis ini yang juga seorang ahli usahawan berkata Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak boleh tunda tarikh Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ke bulan Mei sebab jika beliau berbuat demikian, pelabur asing dan juga pelabur tempatan akhirnya akan tahu bahawa Kerajaan BN sudah goyah dan justeru itu, kredibiliti BN akan terus merudum.
"Yang selewat-lewatnya Parlimen mesti dibubarkan pada 31 Mac untuk PRU13 diadakan pada bulan April. Jika ada perkataan 'Mac' itu, bolehlah dikira masih 'okay' dan PRU13 mestilah jangan melepasi tarikh 28 (sesetengah pihak menyatakan 30) April (tarikh pembubaran Parlimen secara automatik)," kata pakcik penulis ini.
Sambung beliau, "Pada masa ini pun, ramai rakan pelabur telah berkata bahawa PM Najib nampaknya takut mengadakan pilihan raya sebab takut kalah dan tidak berani serta tidak mahu menerima hakikat bahawa popularitinya pun tidak sehebat jika dibandingkan dengan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum pilihan raya dulu. Namun demikian, PM Najib sebagai pemimpin utama negara haruslah bertarung dengan Anwar Ibrahim."
Oleh itu, PM Najib harus bubar Parlimen bulan ini untuk menjaga imej negara di pentas politik antarabangsa dan juga di kaca mata para pelabur asing.
Pakcik penulis memberitahu bahawa ramai ahli usahawan kini pun sudah merungut dengan berkata bahawa PM Najib memang takut mengadakan pilihan raya walaupun senarai daftar pemilih yang kotor telah memberi banyak kelebihan kepada BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan