“Jangan biarkan tradisi tinggal di rumah panjang lenyap hanya kerana anda tidak berkongsi fahaman politik yang sama dengan yang lain.
“Jangan bawa pandangan dan pegangan politik ekstrem ke rumah panjang anda,” katanya.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan persekutuan itu berkata demikian semasa berucap pada sesi bertemu rakyat, masing-masing di Rumah Panjang Manca dan Rumah Panjang Unjung di Ulu Sugai dekat sini, malam tadi.
Salang berkata adalah lumrah untuk orang mempunyai fahaman politik berbeza dan mereka bebas mengundi calon dari parti politik pilihan mereka.
“Namun, pada masa sama, penyokong kuat parti pemerintah Barisan Nasional (BN) akan berasa adalah tidak betul bagi mereka yang menyokong pembangkang untuk berkongsi samarata habuan dan pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan,” katanya.
Salang menasihatkan rakyat agar terus menyokong BN supaya mereka “akan masih menjadi sebahagian gabungan parti yang berjaya selepas pilihan raya umum akan datang”.
“BN akan menang dan akan masih memerintah negara selepas pilihan raya umum itu,” katanya.
Kemudian, Salang merasmikan konsert dan karnival sukan yang akan berlangsung selama dua hari anjuran Jabatan Belia dan Sukan dan Astro di dataran di pekan ini. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan