HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Mac 2013

Saiful perlu bercakap benar, jika tak mahu jadi ‘anak derhaka’

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR : Saiful Bukhari perlu bercakap benar berhubung pengakuan bapanya, Azlan Mohd Lazim yang mendedahkan beliau dipergunakan pihak tertentu bagi menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, sebagai anak, Saiful wajar bersama  bapanya mendedahkan kebenaran, bukan mempertahan dakwaan.
Sam 
“Saya desak supaya Saiful berkata benar. Ini kerana bapanya telah pun mengaku bahawa beliau hanya dipergunakan.

“Sebagai seorang anak, tidak seharusnya Saiful berdiam diri, beliau perlu berani seperti bapanya menyatakan kebenaran,” kata Shamsul kepada Keadilan Daily.

Selepas Azlan membuat pengakuan terbuka betapa kes Fitnah II semata-mata konspirasi politik untuk memenjarakan Ketua Umum KEADILAN, Saiful tergamak meminta bapanya kembali ke ‘pangkal jalan’ bagi mempertahan dakwaannya.

Malah, beliau mendakwa bapanya ‘menjadi mangsa kerasukan politik’ semata-mata kerana sidang media pendedahan Azlan diatur seorang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat.

Beliau juga bertegas tidak mahu berganjak dengan dakwaan, kononnya mangsa liwat.

Azlan dalam pengakuannya mendedahkan semua kenyataan akhbar beliau dan Saiful dirancang dan diskripkan oleh Pegawai khas Perdana Menteri, Khairil Annas Jusoh dan peguam Zamri Idrus.

Azlan juga mendakwa pihak tersebut antara dalang dalam fitnah itu selain pihak tertentu lain.

“Ini memperkukuhkan lagi bahawa Fitnah II konspirasi terancang pihak ‘tertentu’ seperti diakui bapa Saiful.

“Jika dulu bapanya sentiasa bersama Saiful, tapi kini tampil membuat pengakuan. Bermakna ada yang tidak kena, tapi kita hairan kenapa Saiful masih berdiam,” kata Shamsul.

Tambahnya, jika Saiful anak yang baik, pasti beliau menyatakan kebenaran seperti dilakukan bapanya.

“Saiful sebaiknya janganlah sampai jadi anak derhaka, tampil dan berkata benarlah kamu,” kata Shamsul. – NS

Tiada ulasan: