HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Mac 2013

Anwar: Polis perlu profesional, tidak tunduk arahan politik

Oleh Sidiqin Omar

KOTA KINABALU : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersikap profesional, neutral dan tidak tunduk kepada arahan politik yang membiarkan keganasan politik berterusan.

Berucap pada sidang media di sini pagi ini, Anwar turut mengucapkan selamat Hari Polis kepada kontinjen itu yang menyambut ulang tahunnya ke-206, hari ini.

polis

“Kita memerlukan pasukan polis yang profesional. Saya terhutang budi, walaupun secara peribadi pernah dipukul (bekas) Ketua Polis Negara. Itu adalah peristiwa hitam dalam sejarah pengendalian polis,” kata Anwar di Hotel Hyatt.

Ia sempena siri Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Anwar ke Sabah semalam.

Anwar berkata, peranan polis perlu profesional dan tegas tidak kira kerajaan mana pun yang memerintah.

“Saya ingatkan mereka supaya bertindak secara profesional untuk melindungi setiap orang dalam negara ini. Mereka ada hak untuk dipertahan di bawah undang-undang.

“Mereka adalah harapan rakyat tak kira kaum dan parti. Mereka (polis) menjadi faktor penentu sama ada keadaan terkawal dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, tegas Anwar, dalam tempoh satu hingga dua bulan ini, peranan polis lebih kritikal menjelang kemen dan Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau merujuk insiden serangan ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dan insiden serangan ke atas bas dan rombongan jelajah Merdeka Rakyat di beberapa buah negeri.

Malah, pelancaran bas Jelajah Harapan Pakatan Rakyat oleh KEADILAN Sabah semalam di Star City Convention Centre turut diganggu sekumpulan pemuda bermotosikal.

“Menteri Dalam Negeri tak bertanggungjawab dan berdiam. Sedangkan ada bukti gambar dan video,” katanya.

Sementara itu, penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa satu sidang khas Parlimen untuk membahaskan isu keselamatan dalam tempoh 24 jam.

Beliau turut mencadangkan Rabu ini untuk diadakan sidang tersebut sebagai sokongan kepada operasi keselamatan di Lahad Datu.

“Ini juga penghargaan kepada pasukan keselamatan termasuk lapan anggota polis dan dua tentera kita yang gugur demi mempertahankan kedaulatan negara,” katanya. – SDQ

Tiada ulasan: