JOHOR BAHRU:
Harapan Pembangkang untuk melakukan ‘serangan’ di Johor pada pilihan
raya umum akan datang tergendala apabila beberapa individu berpengaruh
enggan untuk ‘bertempur’ di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.
Harapan tinggi Pakatan Rakyat itu terjejas berikutan “kehilangan” Ketua
PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng secara tiba-tiba, yang tidak dinamakan
sebagai calon pada kerusi parlimen Gelang Patah yang dilobinya.
Para
pegawai PKR yang tidak mengetahui di mana Chua atau apa yang beliau
mahu lakukan, dengan antara mereka menyatakan bahawa beliau melakukan
“bantahan” bagi menunjukkan kemarahan beliau yang dipinggirkan bagi
calon kerusi itu.
Chua tidak
hadir pada satu majlis di mana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim memperkenalkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai calon
Gelang Patah pada Isnin lepas.
Selain
rungutan Chua, Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah, Fong Po Kuan telah
menyatakan hasrat bahawa beliau tidak akan bertanding di selatan negeri
itu.
Ahli
Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran, yang merupakan seorang lagi
pemimpin DAP dikatakan dikenal pasti untuk bertanding di Johor, tidak
membantah cadangan itu secara terbuka tetapi pihak dalaman parti
berkata, beliau telah menyuarakan pilihan untuk tidak mengikut Lim ke
Johor.
Sumber
berkata, Fong dan Kulasegaran, yang bercanggah dengan Pengerusi DAP
Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahnya Nga Kor Ming, dikenal pasti
akan bertanding, masing-masing di Kluang atau Kulai, dan Segamat.
Ketua
bahagian dan ketua biro perundangan PKR Johor Jaya, Jimmy Puah berkata,
ramai yang mempersoalkan kehilangan Chua daripada beberapa majlis PKR
negeri dengan pilihan raya umum yang semakin hampir.
“Kami
mempunyai perasaan yang bercampur-baur seperti kami teruja berkempen
untuk pilihan raya umum tetapi ia menjejaskan semangat kami apabila
tiada pemimpin,” katanya, sambil menambah bahawa beliau mendengar
bahawa Chua sedang “bercuti” di Kuala Lumpur.
Fong, yang mempunyai suami seorang setiausaha DAP Johor iaitu Tan Chen Choon, memberitahu The Star pada Ahad bahawa beliau tidak akan bertanding di Johor.
“Seperti
yang telah saya katakan banyak kali sebelum ini, spekulasi bahawa saya
akan bertanding di Johor adalah tidak benar dan ia sekadar khabar
angin,” katanya.
Kulasegaran,
seorang naib pengerusi DAP berkata, beliau akan menyerahkan keputusan
parti untuk memutuskan di mana beliau akan bertanding.
“Saya tidak diberitahu mengenai apa-apa keputusan di mana saya akan bertanding,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan