HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 Mac 2013

Utusan & Papagomo: Pemfitnah Yang Cuba Membela Pemfitnah


Kes Papagomo, Utusan Malaysia ‘cover’ malu!!

KELAB GREENBOC
 
Utusan Malaysia menyiarkan wajah Papagomo di muka depannya hari ini. Apabila tersiar dan disebarkan pula oleh blogger-blogger PR yang mengatakan Utusan Malaysia mengesahkan wajah Papagomo, Utusan Malaysia serba salah.

Ini kerana, hanya Utusan Malaysia yang terliur menyiarkan gambarnya dan mengambarkan seolah-olah dialah ‘hero’ rakyat. Lihat apa yang ditulis Utusan Malaysia…


“Blogger Papagomo tetap pertahankan pendirian dan pendedahannya demi rakyat, agama, bangsa dan negara.”

Media arus perdana yang lain ‘tak lalu’ menyiarkannya lebih-lebih di muka hadapan.

Apabila dah tersebar wajah Papagomo, Utusan Malaysia ‘cover’ malu [eh, bila UM tahu rasa malu!!] membuat berita baru petangnya “Pemilik blog Papagomo dipukul samseng?” dan turut sama menyabitkan media arus perdana yang lain menyiarkan gambar Papagomo seperti berita di bawah.


Laman-laman sosial telah lama menyiarkan sebelum ini.

Jadi eloklah, Utusan Malaysia juga dah mengesahkan pemilik blog tersebut.

Itulah hakihatnya, kaki fitnah yang cuba-cuba membela kaki fitnah kesayangannya!! -ekeleh

1 ulasan:

albukhary berkata...

tuan.....jangan salahkan utusan sahaja tanpa fakta. Cakap biar jujur tanpa menyebelahi mana-mana pihak. saya beli Utusan , saya beli harakah , saya beli suara keadilan...saya juga baca rocket Harakah juga kalau kita baca banyak yang berunsur fitnah...berdasar berita tanpa fakta