Wartawan Buletin
Sebelum ini, kata beliau tidak berminat untuk menjawabnya kerana telah diserahkan kepada peguam yang dilantik bagi menangani isu tersebut.
“Saya akan berceramah pada 3 Mei di Rusila pada Majlis Ceramah Penjelasan Isu Semasa dan Kempen PRU13 anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Rhu Rendang, di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang.
“Pihak media semua boleh datang dan mendengar penjelasan saya dalam beberapa isu terkini, Insya’Allah,” ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily.
Menurut beliau, tomohan tersebut sengaja dirancang pihak tertentu bagi memburuk-burukkan imejnya sebagai kepimpinan PAS menjelang PRU13 ini.
Antara penceramah lain diundang bersama Dato’ Mustafa adalah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku calon penyandang pilihan raya bagi P37 Marang dan N19 Rhu Rendang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan