Wartawan Buletin
Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Zakaria Dagang mempersoalkan, adakah Ketua Penerangan Umno Terengganu itu turut menikmati bersama video lucah yang ditayangkan dalam majlis tersebut.
"Mengapa Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Sumber Manusia Negeri tidak mencegah atau menghentikan tayangan tersebut, bahkan membiarkan penceramah jemputan tersebut terus memainkan video tersebut,
"bukankah sepatutnya sebagai seorang guru beliau menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat kerana tayangan video lucah bukan sahaja tidak bermoral malah hukumnya haram, apatah lagi untuk ditonton oleh rakyat di Seberang Takir," soal Zakaria.
Beliau yang juga calon PAS bagi Dun tersebut menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya kerana, laporan polis telah dibuat oleh seorang saksi kejadian terbabit.
Zakaria berkata, beliau juga mewakili seluruh rakyat negeri Terengganu meminta Razif menjelaskan, sumber kewangan yang dibelanjakan oleh Razif dalam membiayai kempen BN pada pilihanraya umum kali ke-13 yang sedang berlangsung kini.
"Saya mendapat maklumat yang diyakini bahawa Razif telah menggunakan sumber kewangan kerajaan melalui anak syarikat kerajaan negeri bagi membayar baju-T yang digunakan oleh para penyokong Umno Seberang Takir sewaktu hari penamaan calon,
"jadi kita minta Datuk Razif jelaskan, sumber kewangan tersebut kerana ia melibatkan wang kerajaan negeri yang merupakan harta orang ramai,"tegasnya.
Beliau turut meminta penjelasan bagaimana perolehan beberapa peralatan dirumah milik peribadi Razif yang juga dilaporkan melibatkan penyelewangan dan penyalahgunaan wang anak-anak syarikat keajaan negeri Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan