MS0
Awas orang PAS Rantau Panjang esok dikhabarkan ada sedikit
kejutan. Sedikit sahaja tetapi walaupun begitu berita itu akan
diperbesarkan. Media penjilat buntut pasti sudah bersiapa sedia untuk
membuat tokoh tambah agar orang PAS akan ketar lutut dan lemah semangat
apabila mendengar atau membacanya.
Jangan risau siapkan mental dan fizikal sekuatnya. Jangan mudah kenalin.
Apa yang dimaksudkan besok ada orang akan mengistyharkan diri keluar
dari parti dan mengatakan sokongan kepada calon BN untuk kerusi parlimen
Ghazali Ismail.
Kejadian itu lebih kurang sama apa yang berlaku ke atas seorang bekas
ahli PAS yang kemudian menyertai Umno kemudian kembali kepada PAS dan
kemudian mengistyharkan diri di Kuala Lumpur menarik balik sokongan
kepada PAS dan memberi sokongan semula kepada Umno.
Berita esok juga lebih kurang sama standard dan kelasnya dengan
apa dilakukan oleh bapa si pembacuh kopi, yang telah menarik balik
kenyataan yang dibuat sebelum itu mengakui anaknya diperalatkan menerusi
satu konspirasi mengakui diri diliwat oleh Anwar Ibrahim. Dan semalam
alih-alih si bapa pembacuh kopi itu menarik balik kenyataan dan
permohonan maafnya kepada Anwar dan memberi sokongan semula kepada
anaknya sambil juga meminta maaf. Berapa kali maaf dahhh...
Nah.. apa yang berlaku besok lebih kurang sahaja dengan peristiwa lompat
dan ubah pendirian dan sokongan saat menjelang hari pengundi. Kejadian
besok jauh lebih busuk dengan tindakan Inchek Ibrahim yang khaianat
keada orang yang membantu dan menolongnya. Cuma besok kenyataan isythar
keluar parti dibuat itu kerana Ghazali adalah ada pertalian darah dengan
mereka. Jadi mereka tidak dapat mengelak selain mengatakan sokongan
kepada Ghazali.
Sebenarnya kalau tidak keluar parti pun undi mereka tetap masih valid
untuk Ghazali. Kalau mereka akal kekal bersama psrti, undi masih boleh
diberikan kepada Ghazali. Tetapi mungkin kerana dengan pengistyharan itu
menampakkan ia boleh mengugatkan undi calon PAS maka ia dibuat. Sejauh
manakah gemanya nanti. Bimbang takut kata orang kerana mengharapkan
hujan di langit air di tempayan dicurahkan. Nanti malu dan menyesal.
Dari maklumat adalah dipercayai angka yang keluar parti besok akan
diperbesarkan lebih dari 200 orang dan ia akan digembar-gemburkan parti
itu sudah lumpuh di Rantau Panjang. Wahal kalaupun tidak diityharkan
keluar parti, parti itu sudah pun lama lumpuh dan dihidapi kencing manis
serta penyakit-penyakit kronik lain seperti lelah, gaout dan juga bisu
dipunggung. Cuma bak kata orang kalau hendak menjual payung agar dibeli
orang juallah waktu hujan.
Tindakan sekumpulan ahli parti itu bagi saya tidak ubah seperti cuba
menjual payung di musim hujan bagi membeli sekati dua ikan kering.
Hari ini musim pilihan raya ia umpama hujan akan turun. Jadi banyaklah
para penjual payung mengambil kesempatan untuk menjual payung hatta
payung yang sudah robek dan cari marik pun akan cuba dijual mana tahu
kalau badan beruntung akan dibeli orang.
Esok Ghazali hanya akan mendapat sekaki payung yang sudah carik dan
telah pun lama tersangkut di joker dapurnya. InsyaAllah 'payung' itu
tidak pun akan dapat meneduhinya dan mengurangkan pengaruh PAS di Rantau
Panjang. Sebab apa, sebab saya kenal siapa dia Ghazali Ismail yang
dimesrai dengan panggilan cikgu Li itu.
Abdullah Mat Yassin boleh hubungi saya kalau beliau ingin mengenali
lebih dekat calon parlimen Rantau Panjang. Saya juga boleh memberi
jawaban konkrit kenapa Abdullah tersengeh-sengeh ke hulu ke hilir
membawa diri dari Tok Deh sampai Kuabang Kual atau dari Tok Pelanduk ke
Banggul Kemeyan kerana tidak dapat bertanding. Adakah patut kita sebagai
ketua bahagian, orang nombor satu dan nombor wahid yang baik dengan
Najib laki bini tetapi hanya melilau macam budak penampal poster sahaja.
Al malulah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan