HALAMAN SANTAI
Sabtu, 4 Mei 2013
Jangan takut ubah kerajaan, waspada penipuan SPR
Oleh Arif Juhani
KUALA LUMPUR -Rakyat tidak perlu takut dengan peralihan kuasa yang bakal berlaku kerana proses ini bukan sahaja bersejarah, bahkan juga aman kerana dikendalikan oleh Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR) yang dipimpin bekas jeneral dan polis, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Pakatan Rakyat itu berkata, rakyat harus mengambil peluang ini dalam tempoh kurang 24 jam untuk mengubah politik Malaysia kepada yang lebih baik berdasarkan kepada sambutan beratus ribu rakyat pelbagai kaum yang hadir ke program Pakatan Rakyat termasuk di negeri yang pernah menjadi kubu kuat Umno BN.
Keyakinan sebuah kerajaan akan dibentuk selepas PRU ini digunakan Ketua Umum KEADILAN itu untuk mengemukakan beberapa tindakan utama Pelan Pakatan Rakyat sebagai usaha untuk memenuhi manifesto yang dikemukakan dalam tempoh beberapa bulan selepas memerintah.
“Seperti selalu saya tegaskan, fokus pelan hala tuju ini mesti pro-rakyat dan terdiri daripada langkah-langkah yang akan mempunyai kedua-dua kesan segera dan manfaat untuk jangka masa panjang.
“Tidak seperti BN yang takut laksanakan. Sebaliknya Pakatan Rakyat mempunyai keberanian untuk membuat satu pembaharuan yang akan membawa kembali kebangkitan, kemerdekaan dan demokrasi yang tulen kepada Malaysia,” ujar penyandang Parlimen Permatang Pauh itu pada kenyataan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat dan para penyokong Pakatan atas kepercayaan, keberanian dan visi yang dipamerkan untuk membentuk perubahan kepada Malaysia.
“Pilihan raya Ahad ini akan menandakan ketegasan yang menakjubkan, aman dan revolusi demokratik yang akan membawa Malaysia ke era baru.
“Mari kita pergi keluar mengundi dalam kekuatan pada hari Ahad. Menggalakkan semua kawan-kawan, saudara-mara dan jiran-jiran untuk membuang undi mereka,” katanya.
Di samping itu, beliau turut memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan sementara supaya tidak melakukan sebarang penipuan dalam PRU kali ini.
“Rakyat tidak akan bertolak ansur dengan sebarang penipuan yang berlaku. Kami akan berwaspada dengan semua aktiviti yang mencurigakan untuk memastikan bahawa hanya rakyat Malaysia sahaja yang berhak menentukan nasib negara kita.
“Rakyat perlu menggunakan hak yang ada kerana ini adalah negara kita, sebuah tanah yang dijanjikan,” kata Anwar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan