| Suhaila Lukman, |

Alhamdulillah.. Saya telah mendapat keizinan dari tuan punya tubuh untuk berkongsi pengalaman menarik beliau dan kenapa beliau boleh terbuka hati untuk sertai PAS.
Saya telah mengenali beliau dalam tempoh yang yang lama dan menganggap beliau seperti ahli keluarga sendiri, setelah mengenali latar belakangnya dan seringkali berkunjung ke rumahnya dan membalas kunjungan, dari kacamata saya, beliau seorang yang hebat dan cekal. Kini beliau sedang aktif dalam berdakwah, juga merupakan seorang pengasas Maahad Tahfiz Lil Aytam.
Saya rapat dengan anak-anak beliau, anak sulungnya fasih berbahasa Mandarin sejak kecil dan kini sedang giat memperkasakan hafalan Al-Qur'an. Rumahnya dijadikan sebagai Maahad Tahfiz.
Pada mulanya, saya terkejut apabila melihat wall beliau penuh dengan artikel berkenaan PAS dan diiringi pula gambar-gambar yang menghijaukan wall beliau di Facebook. Setelah diteliti, saya membuat kesimpulan bahawa beliau telah berhijrah. Saya teruja dengan penghijrahannya. Hati terus terdetik untuk bertanyakan sesuatu. Kenapa PAS menjadi pilihannya dan bagaimana permulaan beliau jatuh hati dengan PAS.
Ringkas jawapannya tapi cukup menyentuh hati saya, sebak. Saya cuba mengulas jawapan beliau. Katanya, "Tok Guru lebih kecil & lemah tubuhnya dari yang dibayangkan selama ini. Bukanlah seorang yang tinggi, kuat, garang seperti yang kakci bayangkan. Bila tengok TG untuk pertama kali semasa program Abg Mu'adz Dzulkefly Full di tepi pantai Kelantan, wajah TG sangat tenang, berseri2 dengan NUR ISLAM.
Kci terasa bertuah dapat tengok wajah TG dan tidak boleh lupa. Percakapan TG simple, tidak seperti ketua-ketua Barisan Nasional (BN) yang selalu kci pernah jumpa. Terpikat dengan akhlak TG." -Buktinya boleh lihat printscreen di bawah:-
Sedikit celahan, Kematian tidak mengira umur dan pangkat. Mohon Najib Razak untuk hadham hadis ini memandangkan umur pun sudah meningkat:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak seorang pun yang dikehendaki Allah memimpin rakyat, kemudian ketika mati dia masih dalam keadaan menipu rakyatnya, melainkan Allah pasti mengharamkan syurga ke atasnya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Point yang saya dapat, beliau tertarik untuk sertai PAS kerana akhlak Tok Guru kita. Kerana AKHLAK. Dan kerana perjuangan yang dibawa oleh PAS. Dan sehingga saat ini, beliau aktif berkempen dan memperjuangkan PAS.
Dear Kakci, "Tahniah su ucapkan! Kerana membuat pilihan yang terbaik. Teruskan perjuangaan kakci dan jangan lupa pangkah PAS pada 505 ini. Tunggu su balik Malaysia, banyak perkara nak dikongsi bersama.. :)
Sengaja saya kongsikan kisah ini supaya dapat membuka mata rakyat dalam memilih dan menilai. Pentingnya memilih pemimpin demi masa depan negara, masa depan rakyat, untuk generasi akan datang dan yang penting untuk ISLAM.
Kebenaran yang tidak terancang akan kalah dengan kebatilan yang terancang. Walaupun mereka menggunakan segala taktik kotor dan penipuan, ingatlah Allah sedang memerhati segala kerja kamu. Dan jangan kamu lupa bahawa Allah lebih berkuasa. Seperti yang saya lihat perkasanya dan giatnya Munajat PRU yang dibuat di kelantan yang disusuli di tempat-tempat lain sehingga ke saat terakhir. Terfikir saya, BN ada buat macam tu? Buktikan pada saya kalau pemimpinnya ada menganjurkan sebegitu dan suasananya seperti itu. Benarlah dakwaan Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa Umno BN tidak pernah "membuka" al-Quran semasa menguruskan parti sepanjang pengalaman beliau menjadi ahli dan pemimpin parti berkenaan.
Ini menunjukkan betapa tingginya kebergantungan kita kepada Allah. Kita ada ALLAH. InsyaAllah suasana seperti di Kelantan akan dilihat di seluruh Malaysia selepas 505!
505 segalanya akan berubah. Masanya sudah tiba. Saya sokong BN untuk jadi pembangkang. Dan kami PR telah bersedia untuk melangkah ke kota Konstantinopel (Putrajaya) bersama tentera-tentera. 1 undi anda penentu masa depan negara. Buat pilihan yang tepat.
SELAMAT MENGUNDI BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA KHASNYA!
(Ucapan ini tertolak sama sekali untuk para pengundi Bangla)
Mu'tah Jordan
(04.05.13)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan