Rakyat Kedah berbeza pandangan susulan pengumuman
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Datuk Mukhriz
Mahathir akan dilantik menjadi menteri besar jika BN menang dalam
pilihan raya umum di Kedah.
Seorang pemimpin Umno bahagian Alor Setar yang enggan namanya disebut menyifatkan pengumuman Najib itu sebagai "kejutan" untuk mendapat sokongan rakyat kepada BN.
"Kita berdiri teguh dengan kepimpinan perdana menteri... Dalam perjuangan kita ada satu hala tuju yang penting iaitu untuk menangkan parti bukan individu," katanya ketika ditemui di bilik Gerakan BN di Alor Setar.
Kata pemimpin Umno itu lagi, "tidak timbul" isu pergeseran antara Mukhriz dan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah - yang turut disebut-sebut calon MB - susulan pengumuman itu, sebaliknya perlu mendahului kemenangan parti.
Bagaimanapun, Zaini Faiz Hashim, 48 yang merupakan pengundi di Jerlun pula berbeza pandangan. Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata pengumuman Najib itu dilihat memberi kelebihan kepada Pakatan.
Dakwanya, hal demikian dijangka menyebabkan protes di kalangan akar umbi Umno yang didakwanya "semakin banyak", termasuk penyokong Ahmad Bashah di Jerlun, yang tidak bersetuju dengan pengumuman itu.
"Mungkin orang (penyokong) Ahmad Bashah tidak akan memberi undi kepada BN. Mungkin orang Ahmad Bashah memberi undi kepada Pakatan," katanya sambil menambah pengundi Pakatan tidak akan berubah susulan pengumuman itu.
Namun, Zaini berpendapat, pengumuman itu mungkin mempengaruhi pengundi atas agar.
Manakala seorang lagi individu yang ditemui Malaysiakini, menyokong sambil menyifatkan Mukhriz sebagai "calon terbaik" sekalipun Ahmad Bashah tidak dinafikan kehebatannya.
"Kita nak ada pendukung daripada pusat yang kuat dan berpengalaman. Beliau pun tidak duduk saja... Dia buat kerja sebelum diumumkan jadi calon lagi sebab dia ada jasa (sewaktu jadi MP Jerlun)," kata pesara swasta, Zulkifli Ahmad, 55.
"Datuk Ahmad Bashah pun bagus, tetapi buka laluan kepada orang muda," katanya kepada Malaysiakini.
Sementara seorang pengundi Cina dari DUN Derga, Pokok Sena yang mahu dikenali sebagai Jason, 24, berkata, penyokong Pakatan pasti tidak kisah dengan dengan pengumuman itu.
Ini kerana mereka ada calon menteri besar sendiri, tambahnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan