Satu papan iklan anti-Kristian digambarkan di lokasi yang tidak didedahkan.
KUALA LUMPUR — Gambar provokatif papan iklan kempen pilihan
raya mengatakan gereja sebagai merampas “Allah” telah merebak di
internet dan mencetuskan kemarahan di kalangan orang Kristian dikala
parti-parti politik dan penyokong dilihat semakin ghairah untuk
Putrajaya dengan pilihan raya tinggal empat hari lagi.Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengeluarkan kenyataan keras hari ini di atas apa yang mereka sifatkan sebagai mesej anti Kristian “keji dan kejam” di papan iklan kempen pilihan raya dan menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengambil tindakan supaya pergaduhan antara agama tidak tercetus lagi di negara ini.
“Ketakutan ini adalah nyata dengan sejarah pembakaran gereja dan ugutan untuk membakar Injil dalam Bahasa Melayu.
“Mesej ini menunjukkan satu komuniti (Islam) menentang Kristian dengan menyebarkan ketakutan melalui taktik menakutkan menggunakan isu ‘Allah’ di mana Mahkamah Tinggi telah benarkan sebagai hak kebebasan agama, “kata Rev Eu Hong Seng, pengerusi CFM, dan ahli jawatankuasa eksekutif nya .
Bersama-sama kenyataan itu, badan yang mewakili 90 peratus gereja di negara ini turut mengirimkan gambar dua papan iklan dengan mesej “Mahukah kita lihat anak cucu kita pergi sembahyang ke rumah Allah ini?” dan di bawah papan iklan itu tertulis, “Kalau kita benarkan khalimah Allah digunakan di gereja”.
Gambar gereja turut ditampal di papan iklan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan