HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Mei 2013

Nasrudin sedia pelan tingkat ekonomi warga Temerloh

Harakahdaily,



Ribuan rakyat menghadiri ceramah Nasrudin di Mentakab malam tadi.

KUALA LUMPUR: Calon PAS Temerloh Nasrudin Hassan merangka beberapa pelan bagi mengangkat Temerloh menjadi sebuah bandar yang lebih berdaya saing.

Pelan yang dinamakan Pelan Ekonomi Berkebajikan itu antara lain mahu memberikan bantuan benih ikan Patin dan Talapia setiap tahun kepada pegusaha penternakan ikan  sangkar di kawasan itu.

Selain itu, beliau juga bercadang memperkasakan program inap desa di Temerloh yang kini menjadi antara sumber pendapatan bagi penduduk.

"Program inap desa dianggap program yang bersih dan murah untuk dibangunkan kerana menggunakan sumber yang sedia ada di kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata, contoh program inap desa yang berjaya adalah sepeti yang telah dilakukan di Desa Murni, Kerdau dan kini beberapa daerah lain di Temerloh ini juga telah mengusahakannya.

Ianya termasuk Rumpun Makmur, Bangau Tanjung, Seri Semantan dan Seberang Temerloh.

Beliau turut bercadang menubuhkan sebuah panel perundingan ekonomi Temerloh yang akan dianggotai pakar ekonomi, wakil egensi kerajaan, persatuan peniaga dan usahawan tempatan.

Beliau juga percaya, keunikan masyarakat Temerloh yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan Orang Asal, mampu diadun demi membangunkan ekonomi masyarakat.

Tiada ulasan: