HALAMAN SANTAI

Sabtu, 4 Mei 2013

Minta polis siasat isu kereta Lamborghini

Wartawan Sinar Harian

Minta polis siasat isu kereta Lamborghini
Kenneth (tengah) bersama dua penyokong DAP menunjukkan salinan laporan polis dan JPJ selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Ipoh semalam
 
IPOH – Pihak polis diminta menyiasat percanggahan akuan berkanun dan borang pendaftaran kereta Lamborghini yang dikatakan milik Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.

Pengurus Kempen Parlimen Kampar, Kenneth Lee berkata, mereka ingin mengetahui bagaimana pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendaftarkan nama Chee Leong sedangkan beliau menafikan pemilikan kenderaan tersebut.

Menurutnya, terdapat keraguan sama ada surat akuan dan laporan polis yang dibuat sebelum ini benar kerana namanya didaftarkan atas dokumen JPJ sebagai pemilik kereta itu.

“Bagaimanapun beliau telah bersumpah dalam surat akuan berkanun sekiranya palsu ia membawa hukuman penjara tujuh tahun ke atas.

“Sekiranya beliau tidak dimaklumkan oleh JPJ yang namanya telah disalahgunakan seperti didakwa mungkin ada sesuatu tidak kena dengan jabatan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, calon DAP Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen membongkar isu kereta Lamborghini itu dalam satu sidang media di Pejabat DAP Negeri kelmarin.

Tiada ulasan: