HALAMAN SANTAI

Sabtu, 4 Mei 2013

Pergerakan besar dari Sabah hingga 4 Mei 2013 dikesan

Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Sukarelawan Pakatan Rakyat ‘Task Force Monitoring Phantom Voters’ (Team MPV) mendapat maklumat berlaku pergerakan besar-besaran pengundi dari Sabah dan Sarawak’ ke Semenanjung Malaysia untuk mengundi antara 25 April hingga 4 Mei 2013.

Jadual penerbangan dari sabah ke lokasi di Semenajung

Maklumat dibocorkan oleh pekerja lapangan terbang, kerani, pramugara, juruterbang MAS, pekerja DCA Skypark, Subang hingga petugas pengisi minyak pesawat.

Turut dikesan pergerakan bas membawa kumpulan yang dipercayai pengundi ragu dari KLIA, LCCT ke beberapa lokasi antaranya Kem Tentera Port Dickson, pekan Salak Lama, Hotel Melia, Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain.

Maklumat yang diserah kepada Suara Keadilan turut mendedahkan, penerbangan tersebut tidak dipapar di panel pelepasan dan ketibaan awam.

Melalui slip jadual penerbangan, pesawat ditandakan dengan kod seperti CHTR FLT/NO BKGS PERMITTED  yang bermakna ia disewa khas (chartered flight).

flight1

Antara penemuan dalam beberapa dokumen yang dihantar kepada keadilandaily ialah masa ketibaan di KLIA, LCCT dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada waktu pagi antara jam 1 hingga 5 pagi.

Pengundi ragu ini kemudian diangkut dengan bas milik agensi kerajaan antaranya Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia di pintu ketibaan bukan awam.

Manakala penerbangan semula ke Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan di Sabah diuruskan ejen dari dua lokasi, iaitu KLIA dan Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor.

Keadilandaily turut menerima maklumat dan bukti berganbar komunikasi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Aireen Omar dengan beberapa staf pentadbiran dan Jabatan Perdana Menteri berhubung tempahan pesawat sewa khas pada awal April 2013.

Komunikasi Aireen dalam emel tersebut mendapatkan maklumat tentang kekerapan penerbangan dan kos. Turut dinyatakan dalam komunikasi emel tersebut ialah perjanjian yang dimeterai antara Air Asia dengan Jabatan Perdana Menteri.

Difahamkan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyewa 9 buah kapal terbang Air Asia dengan kapasiti 1,620 penumpang setiap satu dari Kota Kinabalu ke Johor Bahru. Turut dinyatakan dalam emel mengenai arahan meminima ‘gangguan’ dan temujanji dengan pegawai di Jabatan Perdana Menteri.

Tiada ulasan: