DETIK DAILY
WARTAWAN: Mengapa rakyat Selangor harus mempertahankan negeri ini daripada jatuh kepada BN?
DR ABDUL RANI OSMAN: Selangor sebuah negeri kaya dan menjadi fokus utama kerana berhampiran kota kosmopolitan serta menjadi tempat tumpuan pelaburan. Maka Selangor menjadi satu tumpuan utama dan mesti kekal di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Apakah pencapaian lima tahun kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang banyak memberi faedah kepada rakyat?
Politiks adalah berkaitan dengan pertarungan idea. Ia bukan pertarungan mengangkat senjata. Semua maklum tentang pencapaian Selangor. Bukan saya yang beritahu atau pemimpin Pakatan, tetapi Ketua Audit Negara yang mengesahkan dalam laporan kejayaan kerajaan Selangor sepanjang lima tahun ini jauh lebih hebat berbanding 50 tahun BN memerintah.
Ia bukan sahaja di Selangor yang diberi markah A+++, tetapi juga di Pulau Pinang, Kelantan dan juga Kedah. Ia satu penilaian yang tidak diberi kepada negeri-negeri lain seperti Pahang dan Johor.
Kita bukan sahaja memerintah tetapi mengurus tadbir. Itu perkara penting yang dapat dilihat rakyat.
Antara isu utama yang sering dicanangkan BN terhadap kerajaan Selangor adalah isu air...
Saya ingat sewaktu sidang Dun 2008, apabila Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan akan memberi air percuma 20 meter padu pertama kepada rakyat Selangor. Ketua pembangkang waktu itu Dr Khir Toyo, dia bangun dan ketawa.
Dia kata mana mungkin boleh bagi, kerana kalau dibuat kiraan, RM9 juta sebulan. Dia kata ini mengarut.
Dia kata, sama ada dalam masa enam bulan Selangor akan bankrap atau Pakatan Rakyat akan runtuh. Tapi, masa itulah dia yang ‘runtuh’. Dan macam-macam lagi tohmahan dilemparkan.
Tapi akhirnya apa yang dilaksanakan Pakatan Rakyat ditiru BN.
Ya, daripada kecil lagi kita ditegah oleh guru, jangan meniru! jangan meniru!. Sekarang kita dapat tengok, siapa yang tiru siapa. Mereka kata kita tiru mereka, tapi sebenarnya mereka yang tiru kita. Akhirnya dalam manifesto BN , juga mengatakan akan memberi air percuma.
Rakyat dapat menilai semua ini dengan bijaksana.
Orang nampak fl ip-fl op BN ini. Pelajar sekolah rendah pun boleh menilai. Pemimpin BN ini cakap tidak serupa bikin. Yang saya lebih hairan apabila Pahang kata nak jual air kepada Selangor. Pahang sendiri tidak mampu memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyatnya.
Begitu juga apabila BN ingin menyegerakan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2). Kita tahu mereka hendak sangat berbuat demikian sebab ia diberi kepada kroni-kroni mereka. Kos dilipat gandakan. Akhirnya kroni-kroni mereka yang dapat.
Bukan setakat air sahaja tetapi banyak lagi projek yang diberikan kepada kroni yang melonjakkan keuntungan ketara.
Sepanjang tempoh berkempen ini tentunya banyak perkara yang akan digunakan BN untuk memburukkan Pakatan Rakyat.
Saya tekankan, “by facts and fi gures”. Kita tidak mahu surat-surat layang yang banyak sekarang ini.
Contohnya ada gambar Tuan Guru Abdul Hadi, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, yang menunjukkan surat tersebut daripada Pakatan Rakyat. Tetapi di bawahnya macam-macam kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
Saya juga terkena. Disebarkan gambar saya dipeluk oleh seorang perempuan. Dan kenyataan “sejak Dr Rani pegang Dun Meru, banyak rumah urut”. Benda-benda ini tidak ada “facts and fi gures”. Ini fitnah.
Al-Quran ada menyebut, fi tnah ini lebih teruk daripada membunuh. Sebab itu sewaktu penamaan calon itu saya ada memberitahu polis, kita tidak pernah menggalakkan orang kita membuat sebarang provokasi. Dan apa yang kita lakukan adalah secara berakhlak.
Apa tindakan terbaik Pakatan untuk mendekati pengundi?
Kita akan edar risalah mengenai Pakatan Rakyat. Sebenarnya perkara ini telah lama kita lakukan. Kita harap PPRU13 adalah pilihan raya adil, walaupun banyak tuntutan yang dibawa Bersih tidak dipenuhi. seperti tempoh kempen dipanjangkan sehingga 21 hari.
Di antara dua team yang berentap iaitu antara Pakatan Rakyat dan BN, kadang-kadang kemenangan itu memang kemenangan A ke atas B. Tetapi kemenangan itu juga datang apabila perpecahan team B cukup teruk.
Saya rasa kemasukan Tan Sri Muhamad Muhd Taib juga memberi impak kerana penyokongnya ramai. Di Shah Alam pun saya difahamkan ramai orang marah apabila BN meletakkan Zulkifl i Nordin. Orang Umno juga memberitahu saya, mereka yang akan teruk nanti apabila BN meletakkan calon bukan orang Umno. Banyak tempat orang marah. Dan tidak mustahil kita menang kerana perpecahan musuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan