Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai mencadangkan agar BN dijadikan sebuah parti ‘multiracial’ sebagai persediaan menghadapi perubahan masa dan zaman bag
Cadangan ini selari dengan setengah suara untuk mengakhiri zaman parti-parti politik yang berlandaskan kepada penyertaan keahlian mengikut bangsa-bangsa.
BN setakat hari ini adalah sebuah ‘coalition’ dari parti-parti yang berlandaskan kepada perkauman tetapi jika dipandang dari sudut BN itu sebagai sebuah parti ia sememangnya adalah gabungan yang tersedia sebagai gabungan yang ‘multiracial’. BN pernah berjaya menggabungkan dan menyatukan rakyat yang berbilang kaum ini dimana rakyat pernah berpadu tanpa menghadapi sebarang masalah.
Kepada rakyat yang sudah berusia mereka tentu merasakan yang dahulunya
tidak ada masalah dalam perhubungan diantara kaum.
Semasa BN mempunyai kepimpinan kuat masalah perhubungan kaum itu terjalin dan sehingga hari ini mereka yang mempunyai rakan diantara berbilang kaum itu masih lagi berhubung tanpa mempunyai sebarang masalah. Saya sendiri sebagai unit yang kecil dalam masyarakat ini, masih kekal dengan perhubungan yang baik dengan rakan-rakan dari bangsa bukan Melayu.
Semasa BN mempunyai kepimpinan kuat masalah perhubungan kaum itu terjalin dan sehingga hari ini mereka yang mempunyai rakan diantara berbilang kaum itu masih lagi berhubung tanpa mempunyai sebarang masalah. Saya sendiri sebagai unit yang kecil dalam masyarakat ini, masih kekal dengan perhubungan yang baik dengan rakan-rakan dari bangsa bukan Melayu.
Perpaduan diantara kaum mula terencat pembinaannya apabila kepimpinan
parti-parti seperti UMNO dan MCA serta MIC mula menjadi lemah kerana
berbagai sebab yang mereka hadapi. UMNO menggunakan isu perkauman
sebagai senjata untuk menakutkan orang Melayu untuik bersama-sama
bersatu dengan bangsa bukan Melayu. Pimpinan yang kian hari kian lemah
itu terpaksa menggunakan isu perkauman untuk mengekalkan orang Melayu
bersatu dibawahnya.
Ini adalah di sebabkan orang Melayu semakin hari semakin menjauhi UMNO
kerana masalah dan isu besar yang dihadapi UMNO itu sendiri. UMNO sudah
ketandusan kepimpinan disetiap peringkat kerana mereka yang menjadi
pemimpin datangnya dari mereka yang tidak berkepimpinan dan tidak
dihormati oleh orang ramai.
Apabila UMNO dirasuk oleh penyakit politik wang, maka hanya mereka yang
sanggup membeli dan membayar sokongan dari ahli-ahlinya yang lahapkan
wang ringgit untuk menjadi pemimpin. Akhirnya UMNO menjadi parti yang
tidak berkepimpinan kerana yang berkepimpinan telah diketepikan kerana
tidak bermain dengan politik wang itu.
Mereka yang sepatutnya diketepikan oleh perwakilan dan ahlinya masih
menjadi pemimpin sehinggakan parti itu ketandusan kepimpinan untuk
menghadapi rakyat yang mereka sedang pimpin itu. Tambahan kepada politik
wang itu menyusur isu yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin ini bagi
mengekalkan sokongan orang ramai khususnya dikalangan ahli-ahlinya,
iaitu isu perkauman.
Mengetahui orang Melayu sudah mula mual dengan parti itu maka isu
perkauman dimainkan bagi menakut-nakutkan orang Melayu dari meninggalkan
mereka. Sememangnya tidak menghairankan jika rasuah menjadi isu besar
kerana rasuah selalunya dilakukan oleh pimpinan yang tidak berharga dan
lemah. Pimpinan yang lemah tidak akan mampu mengelak dari melakukan
rasuah kerana pemimpin seperti ini mempunyai jiwa yang kecil dan kenit.
Hanya pemimpin yang mempunyai jiwa besar sahaja yang tidak sanggup
melakukan rasuah kerana seorang yang berjiwa besar akan menentukan fokus
kepimpinan mereka hanya untuk kepentingan negara semata-mata.
Seperti yang saya sebutkan beberapa kali sebelum ini hanya pemimpin
yang berjiwa kecil sahaja yang tidak berani menghadapi realiti dan
kehendak negara itu sendiri. Hanya mereka yang fakir jiwanya yang takut
untuk menyatukan kaum-kaum kerana jika rakyat berbilang kaum bersatu
mereka akan kehilangan kedudukan kepimpinan kerana sifat mereka yang
lemah dan miskin jiwa tadi.
Itulah sebabnya cerita perpaduan kaum ini menjadi isu dalam politik
masing-masing termasuk dari parti-parti pembangkang tetapi mereka juga
sama sikapnya kerana sama-sama miskin jiwa dan fakir pemikiran dan
kemampuan mereka untuk memimpin. Masing-masing lemah dan menyandarkan
sokongan dengan menaikkan suhu perselisihan keyakinan diantara kaum
masing-masing untuk kekal relevan dan berkuasa.
Seruan Timbalan Presiden MCA itu adalah seruan baik, tetapi banyak isu
yang harus di selesaikan sebelum BN itu boleh dijadikan sebagai sebuah
parti yang ‘multiracial’ agar ia benar-benar-benar berlaku di dalam erti
kata yag sebenarnya.
Kita tidak mahu melihat ‘multiracial’ itu hanya dislogankan sahaja
kerana ada pihak yang memainkan slogan itu tetapi tidak ada
perlaksanaannya kerana seperti yang saya sebutkan beberapa kali, iaitu
pimpinan yang miskin jiwa dan kepimpinan mereka. Mereka sentiasa bimbang
dan terpaksa berpaut kepada sentimen perkauman keatas kaum yang mereka
pimpin itu.
BN seperti yang disebut diatas tadi adalah sebuah pertubuhan politik
yang sudah pun ‘multiracial' bentuknya. Hanya keahlian BN itu dianggotai
oleh parti-parti yang dianggotai mengikut bangsa masing-masing. Mungkin
kali ini semua anggota-anggota MCA, MIC dan UMNO misalnya didaftarkan
sebagai ahli-ahli secara terus BN. Selepas itu hanya beberapa isu
penting yang lain yang boleh mengikat kepentingan mana-mana pihak dengan
ketat agar ia tidak hanya tinggal sebagai retorik pilihanraya yang
mengelirukan sahaja.
Jika benar BN boleh di jadikan ‘multiracial’ dalam erti kata
sebenarnya, ia perlu di gubal strukturnya dengan kuat dengan kadar yang
agak segera untuk mengasaskan ‘foundation’ yang kuat untuk pencapaian
matlamat perpaduan kaum itu demi masa depan negara.
Apakah asas-asas yang mesti diperlihatkan dan di bentuk elok kita sambong rencana ini sehari dua lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan