HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Julai 2013

Pemberi maklumat SK Seri Pristana lega dilindungi anak Samy Vellu

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH DAN DIYANA IBRAHIM

Pemberi maklumat yang mendedahkan murid diarahkan makan di bilik persalinan sekolah, SK Seri Pristana,  lega apabila S Vell Paari, anak bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu, memberi jaminan dan berjanji akan  melindungi dia dan keluarganya daripada terus diancam.

“Saya amat berterima kasih di atas keprihatinan ditunjukkan pemimpin ini dan mereka yang menyokong serta memahami bahawa saya hanya mengambil berat mengenai kesihatan dan kebersihan pelajar yang makan di bilik itu, “kata Guneswari kepada Malaysia Insider.

Beliau turut melahirkan kekesalan apabila tindakannya itu disalah erti banyak pihak apabila  menerima banyak kritikan malah sehingga mendapat ugutan bunuh.

 “Seperti yang saya kata tujuan saya mendedahkan gambar itu hanya kerana saya risau kebersihan dan kesihatan pelajar  akan  terjejas jika mereka terus makan di situ, tidak ada niat lain seperti yang dicetuskan pihak luar, “katanya.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas mengenai laporan polis yang dibuatnya mengenai ugutan bunuh.

“Saya sekarang tidak sihat dan berada dalam keadaan tertekan. Saya harap anda boleh memahami saya,“katanya.

Terdahulu, Pengarah strategi  MIC  Vell Paari merancang mendedahkan nombor telefon yang mengancam pemberi maklumat yang mendedahkan gambar itu.

Vell Paari bekrata , beliau meminta Guneswari menyerahkan nombor telefon  mereka yang  membuat ugutan.

“Saya sudah bercakap dengan Guneswari dan nombor itu akan disiarkan di akhbar Tamil Nesan,” katanya.

Guneswari yang memuat-naik gambar murid bukan Islam di SK Seri Pristana makan di bilik persalinan,  mengadu menerima panggilan mengancam untuk membunuh dia dan anaknya .

Ini termasuk mengancam akan menculik dan mengurung dia dan anaknya.

Gambar yang didedahkan Guneswari mencetuskan kekecohan apabila ada yang mengaitkan dengan isu perkauman.

Vell Paari pada masa sama turut mengkritik tindakan pihak berkuasa dan guru sekolah di situ yang didakwa melakukan diskrimasi terhadap anaknya.

“Perbuatan itu amat tidak profesional  kerana sebagai guru mereka sepatutnya memahami dan memberi sokongan moral kepada pelajar terbabit," katanya.

Tiada ulasan: