HALAMAN SANTAI

Sabtu, 2 Mei 2020

Bersihkan PATI pada musim PKP

Wan Noor Hayati Wan Alias
MGF280420_SUASANA-TERKINI-PKPD_10
Suasana di Selangor Mansion yang rata-rata dihuni oleh warga asing. - foto SYAFIQ AMBAK
 

KUALA LUMPUR –  Mengambil hikmah pandemik Covid-19 yang menyebabkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, kerajaan disaran melakukan operasi pembersihan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini.

Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Professor Madya Dr Mizan Mohammad Aslam berkata, ini peluang terbaik kerana setiap warga asing khususnya PATI berada dalam rumah di kawasan masing-masing.

Katanya, apa yang diperlukan hanyalah akses seperti talian khas atau emel bagi memudahkan rakyat salur maklumat pantas keberadaan PATI di kawasan mereka.

Melalui data yang dimiliki oleh pihak kerajaan ketika ini, maka kegiatan pembersihan boleh dilakukan dengan berkesan.

“Malah kerajaan juga perlu melihat bagaimana peluang pekerjaan yg ditinggalkan kelompok ini boleh diisi oleh rakyat tempatan yang banyak kehilangan pekerjaan akibat dari pandemik Covid-19.

“Pihak berkuasa pula perlu bertindak proaktif untuk menahan dan menghantar pulang PATI, tambahan lagi kos penerbangan sekarang tengah murah dengan kerjasama pelbagai syarikat penerbangan.

“Manfaat sepenuhnya PKP ini untuk memperkukuhkan keselamatan di semua pintu sempadan, meningkatkan integriti petugas dan jika perlu tempatkan pegawai SPRM di pos keselamatan sempadan,” katanya.
dr-mizan1
Dr Mizan Mohamad Aslam
Dalam pada itu, Dr Mizan menasihatkan kerajaan agar jangan sesekali bertolak ansur, untuk memutuskan rantaian sindiket penyeludupan warga asing.

“Saya juga tidak setuju PATI ini didaftarkan oleh mana-mana pihak kecuali bagi rekod UNHCR kerana bimbang data itu akan disalahgunakan.

“Malah, dicadangkan juga kerajaan Malaysia memperkenalkan kad pengenalan yang baru dan lebih bermutu tinggi dengan sistem yang lebih baik.

“Kad pengenalan yang ada sekarang ini dipercayai telah disalahguna dan banyak dimiliki oleh pelarian Rohingya dan warga China dan India. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: