Keselamatan, kedaulatan negara agenda penting tak boleh dikompromi

BANGI
– Warga China yang tiada rekod keluar di negara ini mesti segera
dihantar pulang ke negara asal mereka, gesa Naib Presiden Gerakan Islam,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
Tegasnya, pemartabatan keselamatan dan kedaulatan negara adalah agenda penting yang tidak boleh dikompromi dengan sesiapa jua.
“Satu demi satu rahsia kebanjiran warga
Tanah Besar China akan dibongkar dan terbongkar. Jenayah dan penipuan
besar-besaran yang dirancang secara sistematik ini mesti terus
diselongkar
“Tak mustahil industri judi, industri
seks, industri gangsterism, pembinaan projek-projek syarikat besar China
dan pelbagai lagi menjadi tempat mereka beroperasi,” katanya dalam satu
kenyataan.
Pada 28 April lalu, seramai 30 individu
warga China ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan judi
dalam talian di sebuah unit kondominium di Bandar Mahkota Cheras,
Kajang.
Sindiket itu menjalankan aktiviti
promosi judi dalam talian yang berpusat di Malaysia dengan menggunakan
lawan web www.npro11.com dan menyasarkan mangsa dari China.
Antara perjudian ditawarkan termasuk
saham menggunakan mata wang asing dan segala pesanan ringkas untuk
kumpulan ini berhubung menggunakan aplikasi Wechat yang dihantar
menggunakan talian telefon ke negara China.
Sehari selepas itu, polis menahan 44
warga China termasuk lapan wanita selepas menyerbu empat rumah banglo
dipercayai menjadi lokasi aktiviti perjudian dalam talian, di Nilai,
Negeri Sembilan.
Menerusi serbuan bermula jam 12.30
tengah hari, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah
Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menahan semua suspek
berusia antara 18 hingga 45 tahun.
Sebelum ini, negara pernah dikejutkan
dengan penangkapan 680 warga China yang aktif menjalankan aktiviti
sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar di Cyberjaya.
Kemudian, 87 lagi ditahan di beberapa
unit kondominium di sekitar Setiawalk, Puchong juga menjalankan skim
pelaburan dan perjudian dalam talian.
Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2
mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan
India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga tahun lalu.
Menurut laporan itu sepanjang 2016
hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen
Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod
tarikh keluar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan