Ratusan
ribu orang menandatangani petisyen dalam talian bagi membantah
keputusan kerajaan melonggarkan sekatan perintah kawalan pergerakan
(PKP).
Ketika berita ini ditulis, lebih 330,000 menandatangani
petisyen itu di Change.org bagi meminta perintah kawalan pergerakan
bersyarat (PKPB) dibatalkan.
PKPB akan berkuat kuasa pada Isnin ini bagi membolehkan kebanyakan sektor perniagaan dibuka, termasuk restoran dan pusat jagaan harian.
Beberapa aktiviti tertentu di luar rumah juga akan dibenarkan.
Bagaimanapun kesemua aktiviti yang dibenarkan di bawah PKPB masih perlu mematuhi penjarakan sosial.
Petisyen tersebut meminta kerajaan tidak mengulangi kesilapan beberapa negara lain.
"Kami
tidak mahu barisan hadapan bertambah penat. Kami tidak mahu kerajaan
tunduk kepada kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan tanpa
memikirkan kesihatan sosial dan kesejahteraan pekerja," tambahnya.
Petisyen berkenaan dilancarkan semalam.
Salah
seorang penandatangan petisyen, Lisa Mariana Md Sallehuddin berkata beliau tidak mahu berlaku gelombang ketiga jangkitan Covid-19.
"Saya
seorang jururawat dan saya bekerja keras dengan pasukan saya untuk
melawan Covid-19. Saya tidak mahu negara saya menghadapi gelombang
ketiga.
"Walaupun saya tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri,
tetapi tidak mengapa! Kehidupan yang lebih sihat lebih penting bagi
saya," tulisnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini mempertahankan PKPB dengan mengatakan perlu ada keseimbangan antara menjalani kehidupan dan mata pencarian.
Beliau berkata matlamat utama PKP adalah melandaikan lengkungan jangkitan dan kerajaan sudah berjaya melakukannya.
Beliau
berkata, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat mematuhi
langkah-langkah penjarakan sosial untuk memastikan tiada lagi jangkitan
baru Covid-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan