MGF19052020_TINJAUAN-JALAN-TAR10-681x454
Orang ramai mula keluar mencari barangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI


Ramadan Al–Mubarak sudah hampir sampai ke penghujungnya. Rata-rata umat Islam di serata dunia termasuk di Malaysia kini sedang sibuk siap sedia menyambut kedatangan hari raya. Walaupun suasana sambutan hari raya pada tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya akibat daripada penularan Novel Koronavirus (Covid-19), setiap kali datangnya hari raya, sudah menjadi satu kebiasaan dikalangan orang ramai untuk berbelanja bagi menyediakan segala jenis persiapan serta kelengkapan bagi menyambut kedatangan hari lebaran berkenaan. Ada diantara mereka yang sanggup mengeluarkan dan berbelanja banyak wang ringgit semata-mata bagi menyambut hari yang hanya muncul setahun sekali ini. Ada juga dalam kalangan mereka yang sampai sanggup berhutang supaya hari lebaran yang bakal tiba dapat disambut dengan penuh meriah berdasarkan prinsip raya hanya datang setahun sekali dan prinsip biar papa asalkan bergaya.