HALAMAN SANTAI

Jumaat, 22 Mei 2020

Majoriti Bersatu Kedah sokong Muhyiddin bukan Dr Mahathir

Kasthuri Jeevendran


KUALA LUMPUR – Seramai 9 daripada 15 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Kedah menyatakan sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu.

Sokongan itu, sekali gus menafikan dakwaan bahawa Ketua-Ketua Bahagian Bersatu Kedah sepakat menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mereka yang menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin ialah Muhammad Amri (Pokok Sena), Shamsul Naim (Kuala Kedah), Mohd Nazri Abu Hassan (Sik), Khairul Annuar Ramli ( Padang Serai), Syed Fadzil Syed Embun( Padang Terap), Mohd Faisal Tajuddin (Sg Petani), Taufik Yaakob (Baling), Abd Razak Khamis (Pendang) dan Datuk Suhaimi Abdullah (Jerai).

”Kami yang berada di sini merupakan majoriti Ketua Bahagian dan kami semua menyokong penuh Presiden Parti memangku Pengerusi Bersatu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin. Kami juga menyokong penuh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yg telah memutuskan untuk keluar PH (Pakatan Harapan) dan menubuhkan gabungan PN (Perikatan Nasional).

”Kami juga menyanggah kepalsuan kenyataan tersebut bahawa Tun Dr Mahathir telah dipecat dari jawatan Pengerusi. Itu pembohongan. Fakta sebenar ialah Tun Dr Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu pada 24.2.2020,” kata mereka dalam satu kenyataan di sini.

Menurut mereka, Dr Mahathir telah memberi alasan bahawa  beliau tidak lagi mendapat sokongan MPT yang mewakili ahli-ahli parti.

Malah, pada 26.2.2020, Dr Mahathir juga membuat perutusan khas secara bertulis dan melalui video bahawa parti Bersatu telah memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan, menjelaskan pendirian parti ini mahu keluar PH.

Oleh kerana Dr Mahathir telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu, maka jawatan tersebut dipangku oleh Muhyiddin sehingga pemilihan MPT diadakan untuk memilih Pengerusi baharu.

“Oleh itu, kenyataan yg menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir dipecat adalah dusta. Tun sendiri yang letak jawatan. Tiada sesiapa yg paksa nya berbuat demikian,” kata mereka. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: