Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mengecam tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) berikutan perubahan prosedur untuk moratorium enam bulan bagi pinjaman sewa beli (HP) dan pembiayaan Islam berkadar tetap semalam.
Bagaimanapun dalam soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan hari ini, bank pusat itu menafikan telah membatalkan keputusannya mengenai penangguhan pembayaran enam bulan untuk kedua-dua pinjaman tersebut.
"Penangguhan pembayaran masih automatik untuk HP dan pembiayaan Islam dengan kadar tetap," kata BNM.
Ia bagaimanapun mengatakan perubahan dalam prosedur terbaru, yang mewajibkan peminjam "melengkapkan dokumentasi untuk memberikan kesan undang-undang terhadap moratorium", tidak dapat dielakkan.
Setiausaha Agung MTUC J Solomon berkata perubahan tersebut oleh BNM membuka pintu bagi bank menghukum peminjam yang memilih untuk melunaskan pembayaran pinjaman tertunda selepas Oktober.
Beliau berkata tindakan itu jelas membebankan rakyat yang ketika ini berdepan kejatuhan ekonomi, pemberhentian kerja dan pemotongan gaji.
"MTUC mendesak Bank Negara membatalkan persetujuan yang diberikan kepada bank untuk mengenakan faedah kepada peminjam sewa beli yang memilih untuk menyelesaikan moratorium enam bulan atas pinjaman mereka setelah Oktober.
"Bank pusat juga mesti menjelaskan rasionalnya memberikan kelulusan yang jelas bertentangan dengan pernyataan kerajaan bahawa ia akan melakukan segala yang mungkin untuk meringankan beban kewangan pekerja dan orang awam secara umum yang menderita akibat kejatuhan ekonomi disebabkan wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, BNM dan bank menambahkan lagi kesulitan dengan menyatakan bahawa peminjam tidak akan membayar faedah jika pembayaran pinjaman yang ditangguhkan diselesaikan pada bulan Oktober, pada akhir tempoh moratorium.
"Berapa banyak orang pada masa kini yang memiliki cara untuk melakukannya, memandangkan kejatuhan ekonomi dan pemberhentian kerja serta pemotongan gaji yang berlaku di seluruh negara?" Soalnya lagi.
Solomon mendakwa ia adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan oleh BNM dan bank untuk terus menekan pengguna dengan segala cara yang mungkin, tanpa mempedulikan kesejahteraan rakyat.
Penjelasan BNM tidak menyebut mengenai kemungkinan bayaran tambahan untuk menangguhkan kedua-dua jenis pembayaran ini.
Solomon mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memanggil gabenor BNM dan menuntut penjelasan bank pusat itu kerana memberikan persetujuan yang sangat tidak wajar kepada bank melakukan rompakan disiang hari terhadap peminjam.
Beliau turut membangkitkan bahawa baru-baru ini pada bulan Mac, BNM telah menyatakan bahawa sistem perbankan Malaysia mempunyai kecairan yang cukup untuk meringankan masalah kewangan dan menyokong aktiviti perantaraan untuk membendung kesan pandemik Covid-19.
Langkah Bank Negara itu juga menimbulkan kritikan pedas dari mantan menteri undang-undang, Azalina Othman Said yang mengkritik Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Twitternyan dengan mengatakan: "Bila menteri kewangan bukan wakil rakyat tetapi wakil bank? "
BNM hari ini menyatakan rasa kesal kerana pengumumannya mengenai perubahan prosedur untuk moratorium enam bulan untuk pinjaman HP dan pembiayaan Islam berkadar tetap semalam mungkin menimbulkan kekeliruan dan kerisauan.
BNM berkata perubahan terbaru dalam prosedur, yang memerlukan peminjam "melengkapkan dokumen untuk memberikan kebenaran yang sah bagi moratorium ini dilaksanakan", tidak dapat dielakkan.
"Kami dengan ikhlas kesal terhadap kekeliruan dan kerisauan disebabkan pengumuman ini," kata BNM.
Jelas BNM moratorium ini diberikan untuk membantu aliran tunai peminjam yang terjejas oleh pandemik Covid-19. Tujuannya masih sama.
"Kekeliruan timbul kerana salah persepsi dengan menganggap bayaran semula HP tidak dapat diubah," kata BNM lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan