Naib Presiden MCA Senator Datuk Seri Ti Lian Ker hari ini mengangkat
sumpah jawatan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara di hadapan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah di Istana Negara di sini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir menyaksikan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia yang berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, pada 11 pagi.
Turut mengangkat sumpah pada istiadat itu ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Kedua-dua mereka melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia
sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh
Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha
Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Turut hadir pada istiadat itu ialah Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan.
Ti, 58, lulusan undang-undang Universiti Malaya, dilantik sebagai senator pada 2018 dan penggalnya dijangka tamat tahun depan.

Beliau sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama tiga
penggal iaitu Adun Teruntum (2004-2008) dan Adun Indera Mahkota pada
1999-2004 dan 1995-1999.
Azam, 57, pula dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac lepas bagi menggantikan Latheefa Beebi Koya, dan mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah selaras dengan subseksyen 5(1) Akta 694.
Sebelum itu beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) selama empat tahun bermula 2016, selain pernah menyandang jawatan Pengarah Perisikan (2013) dan Pengarah Siasatan (2015).— BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan