theunspinners.blogspot.com
Penilaian Ketua Audit Negara Buktikan Pakatan Harapan Meletakkan TH Dalam Bahaya
Selepas lebih setahun tertangguh, akhirnya laporan kewangan 2018 Tabung Haji dapat dibentangkan.
Seperti
yang diduga, dapatan Ketua Audit Negara (KAN) dalam laporan beliau
telah membongkar apa yang selama ini disembunyikan oleh Pakatan Harapan
dan dipertahankan oleh mantan Menteri Hal Ehwal Agama era Pakatan
Harapan, Mujahid Yusof.
Secara
jelas, Lapuran Ketua Audit Negara membuktikan bagaimana dasar-dasar
bodoh Pakatan Harapan telah meletakkan Tabung Haji di dalam risiko yang
tidak sepatutnya.
Pertama didalam lorekan merah di bawah, jelas Ketua Audit Negara mengatakan bahawa sukuk
yang diterima oleh Tabung Haji sebenarnya tiada penarafan, tidak boleh
diniagakan, tidak boleh dipindahmilik dan merupakan unsecured zero
coupon (berisiko tinggi).
Kedua, pada lorekan hijau pertama, terbukti bahawa keuntungan RM1.6 bilion pada 2018 yang dibangga-banggakan oleh PH sebenarnya bukanlah keuntungan hasil perniagaan normal.
Sebaliknya RM1.39 bilion datang daripada pindahan aset melalui sukuk UJSB tersebut (keuntungan tidak nyata).
Maknanya duit tak dapat pun lagi!!!
Keuntungan hasil perniagaan normal (keuntungan nyata) yang telah diperolehi hanyalah RM210 juta.
Persoalan
besar sekarang ini ialah bagaimana tak sebuah institusi yang mempunyai
aset sebesar RM70 bilion tetapi hanya mampu menjana RM210 juta melalui
perniagaan normal?
Ketiga, ini paling teruk.
Tengok lorekan hijau kedua.
Ketua
Audit Negara sendiri tidak mampu pastikan bahawa Tabung Haji akan dapat
menerima bayaran sukuk tersebut pada masa yang sepatutnya!!!
Apa maksudnya?
Maksudnya
Ketua Audit Negara sendiri tak yakin dengan kemampuan UJSB sama ada
melalui kekuatan kewangan ataupun model perniagaannya bagi membayar
hutang kepada Tabung Haji.
Kalau
Ketua Audit Negara sendiri tak yakin, bagaimana Pakatan Harapan boleh
sangat yakin untuk buat model perniagaan yang berisiko begini?
Apa yang akan berlaku jika kebimbangan Ketua Audit Negara ini menjadi nyata?
Apa yang akan berlaku kepada Tabung Haji jika UJSB akhirnya tidak mampu menunaikan bayaran hutang pada masanya?
Ternyata selama 22 bulan, Tabung Haji telah diletakkan ke dalam risiko yang sangat besar oleh Pakatan Harapan.
Dari
sebuah institusi yang mempunyai potensi yang cukup tinggi dan mampu
menjana keuntungan berbilion ringgit setahun, kini Tabung Haji telah
menjadi sebuah institusi yang berada dalam risiko kerugian.
Namun
masyarakat Melayu Islam bernasib baik kerana dengan bantuan Allah SWT,
puak yang mempunyai agenda jahat untuk meruntuhkan institusi yang telah
banyak membantu umat Islam di Malaysia untuk menunaikan Rukun Islam yang
ke 5, kini telah diletakkan di bawah kawalan Menteri Kewangan yang
lebih bertanggungjawab.
Inilah bala dan kerosakan hasil daripada tangan-tangan yang akan dihisab di Hari Pembalasan!
*Kredit :Fb Abdul Rahim Hilmy Zakariya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan