HALAMAN SANTAI

Jumaat, 18 September 2020

Parti Warisan di Papar lumpuh, lebih 500 ahli sertai PCS

Kasthuri Jeevendran

D1F7F2D4-25EC-4FD3-A01F-0B455B9F37BA-681x317

PAPAR – Gempar seketika apabila lebih 500 ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) bahagian Papar bertindak keluar parti dan menyertai Parti Cinta Sabah (PCS) kelmarin.

Tindakan itu menyebabkan Warisan di Papar lumpuh pada masa ini.

Penyertaan ahli-ahli Warisan daripada 10 cawangan parti itu diketuai bekas Ketua Penyelaras Jentera Warisan N29 Pantai Manis, Datu Mohamad Datu Tamin yang sepakat mahu membawa perubahan di kawasan ini.

Datu Mohamad yang juga bekas Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Buang Sayang memberitahu MalaysiaGazette, tindakan kumpulan ini menyertai PCS kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Warisan.

Dakwa Datu Mohammad, rata-rata ahli ini sudah muak dan bosan dengan retorik yang dimainkan oleh Warisan selama ini.

Dasar perjuangan Warisan yang dilihat sudah terpesong daripada matlamatnya hingga beliau bersama ahli parti itu mengambil keputusan untuk keluar parti.

“Kita sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan Warisan yang sudah ‘lari’ daripada perjuangan asal apabila banyak kesalahan dilakukan pemimpin parti ini yang tidak perlu saya jelaskan panjang lebar.

“Cukup itu saja kerana umum pun sudah tahu ‘kebrobokan’ dilakukan kebanyakan pemimpin Warisan ini. Kami penat, kami bosan dan muak. Jika perjuangan asal itu tidak menjadi matlamat apa guna kami setia di sini lagi?

“Jika ini bukan fokus kepada Sabah sebaliknya berpolitik sepanjang masa, kami tidak mahu ulas panjang lagi,” katanya sebentar tadi.

Borang keahlian PCS diserahkan kepada Ketua Penyelaras PCS Dun Pantai Manis, Datuk Fauzi Ibrahim yang turut disaksikan Ketua Pemuda PCS Pusat, Zakaria Ibrahim.

Sementara itu, Fauzi yang juga calon PCS Pantai Manis menyambut baik tindakan itu yang disifatkannya sebagai tepat kerana wajar meninggalkan segala kebatilan demi kebenaran.

Jelas beliau, seluruh rakyat dan ahli Warisan sendiri sudah mula hilang kepercayaan dengan kemampuan parti itu khususnya dalam menjaga kepentingan Sabah semasa mentadbir negeri ini sebelumnya.

“Sebagai contoh, isu tuntutan Filipina terhadap Sabah itu sememangnya menyebabkan kami menjadi haru biru. Apa yang akan jadi jika ada Ketua Menteri seperti ini?

“Bagaimana beliau (Datuk Seri hafie Apdal) tangani isu tuntutan itu? Selain tuding jari dan bawa kes ke tribunal yang mungkin membahayakan kita sendiri, apakah beliau apa yang telah dilakukannya?

“Tindakan beliau membawa isu ini ke mahkamah antarabangsa di Sepanyol jelas memperjudikan kedaulatan Sabah dan bayangkan jika mahkamah berpihak kepada Filipina,” tegasnya. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: