LAHAD DATU: Warisan mempertaruhkan penyandang, Dumi Pg Masdal untuk mempertahankan kerusi Silam dalam pertandingan 6 penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah akhir bulan ini.
Antara calon yang bakal merebut kerusi itu ialah Ahmad Tiong (Parti Gagasan Rakyat Sabah), Matusin Sunsang (Parti Cinta Sabah), Mohammad Hamdan Abdullah (Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Usno), Abdul Hakim Bin Gulam Hassan (Perikatan Nasional) dan Erwan Bin Johan dari (Parti Perpaduan Rakyat Sabah).
Perkara itu diumumkan pegawai pengurus pilihan raya DUN Silam, Juraimin Jadil selepas penamaan calon ditutup pagi tadi.
“Kita telah menyemak kertas-kertas penamaan berkenaan dan saya berpuas hati serta memutuskan tiada calon yang ditolak kertas pencalonannya,” katanya.
DUN Silam merupakan kubu kuat BN, namun berjaya dirampas Warisan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dengan majoriti 2,932 undi, di mana Dumi mendapat 11,304 undi berbanding calon BN yang hanya memperoleh 8,372 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan