HALAMAN SANTAI

Jumaat, 11 September 2020

PRN Sabah: Pas beri laluan demi muafakat – Hadi Awang

Nizam Zain
MGF23082020_CERAMAH-MUAFAKAT-NASIONAL20-1-681x454
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid (kanan)
bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. foto 
AFFAN FAUZI,

KUALA LUMPUR – Pas menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di kesemua 73 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setelah usaha rundingan dimuktamadkan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada rakan-rakan bagi memastikan pertandingan dua penjuru dapat diserlahkan dalam PRN Sabah.

“(Langkah ini) demi memelihara permuafakatan yang terjalin serta mengambil kira implikasi politik di masa mendatang.

“Keutamaan Pas adalah persiapan untuk menghadapi PRU15 yang dijangka dalam masa terdekat, di samping komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Sokongan jentera dan ahli-ahli Pas dalam PRN Sabah tetap akan digerakkan mengikut keperluan di peringkat setempat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selasa lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti Islam itu berhasrat bertanding 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN Sabah.

Menurut Takiyuddin, walaupun Pas tidak pernah memenangi sebarang kerusi di Sabah, namun beliau berharap tiada pertembungan tiga penjuru jika diberi peluang bertanding khususnya kerusi tradisi di Tawau dan Kalabakan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: