HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Ogos 2009

Demo PAS-Umno bantah exco DAP?

MALAYSIA KINI


Pemuda Umno berhasrat menyertai demonstrasi PAS bagi mendesak Ronnie Liu dilucutkan daripada exco kerajaan tempatan Selangor susulan dakwaan beliau campur tangan isu mengawal arak.

Exco pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin bagaimanapun meminta Dewan Pemuda PAS mendapatkan permit berhimpun sebelum menyertai bantahan itu, lapor laman web New Straits Times.

Ketua Pemuda PAS negeri Hasbullah Mohd Ridzwan berkata keputusan mengadakan demonstrasi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam akan diputuskan hari ini.

Beliau juga dipetik berkata perhimpunan, jika menjadi kenyataan, akan diteruskan sama ada ada atau tiada permit perhimpunan.

Tindakan dewan itu susulan kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang mendesak portfolio pemimpin DAP itu ditukarkan kerana campur tangan dalam pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk operasi merampas arak minggu lepas. di Bandar Sunway.

Tiada ulasan: