TV SELANGOR
Jabatan Mufti Negeri Selangor hari ini, melancarkan secara rasmi sistem permohonan arah kiblat secara dalam talian atau on-line bagi memudahkan orang ramai mencari arah kiblat.
Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, permohonan secara dalam talian ini telah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu secara percuma.
“ Permohonan online diperkenalkan pada pertengahan tahun lepas dgn harapan lebih melicinkan lagi proses permohonan tadi, kita letakkan masa 12 hari dari tarikh terimaan surat sampailah proses untuk menghantar pegawai pergi membuat arah kiblat dan sampai kita keluarkan sijil tidak lebih dari 12 hari masa yang ditetapkan oleh ISO,” katanya.
Datuk Tamyes berkata, Selangor adalah negeri pertama melancarkan permohonan secara online ini dan dijangka lebih banyak permohonan diterima selepas ia dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, hari ini.
“ Pada mulanya permohonan diterima daripada Masjid-masjid dan surau-surau tetapi kini ramai individu, primis-primis perniagaan dan hotel-hotel dan bangunan tertentu memberi sambutan yang baik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Konvensyen Falak Selangor 2009 kali ke-5, di Bangunan Sirim Berhad selama dua hari, bermula hari ini.
Konvensyen ini merupakan kesinambungan sejak ia diadakan pada 2005. Empat kertas kerja akan dibentangkan oleh pakar-pakar Falak Malaysia dan universiti tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan