HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 Ogos 2009

Jemaah haji, umrah dinasihat ambil langkah cegah H1N1

SINAR HARIAN ONLINE


KEPONG - Bakal jemaah haji dan umrah dinasihatkan supaya mengambil langkah awal mencegah virus Influenza A (H1N1) atau selesema babi sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci Makkah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom berkata, langkah pencegahan itu perlu kerana penyakit H1N1 mudah menular dan berjangkit dengan cepat.

“Bakal jemaah ini perlu mengambil langkah berjaga-jaga bermula sekarang kerana kita dikhuatiri sekiranya langkah pencegahan itu tidak diambil akan membahayakan mereka dan jemaah lain nanti.

“Jemaah juga diminta segera membuat pemeriksaan sekiranya mengalami tanda-tanda wabak itu seperti demam, batuk dan sakit tekak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Jamil Khir berkata, seperti kebiasaan jemaah akan diberikan suntikan mencegah penyakit sebelum berangkat ke Tanah Suci dan bagi mencegah dijangkiti wabak ini suntikan tambahan akan diberikan kepada jemaah.

“Unit pemeriksaan kesihatan turut disediakan di pusat pemeriksaan Kelana Jaya yang menempatkan jemaah sebelum mereka berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Tiada ulasan: