HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Ogos 2009

’Kuasawan’ BN Tidak Menghormati Perjuangan ’Bahasa Melayu’ Seniman – Pak Samad

Editor Buletin


PERMATANG PAUH – Sasterawan Negara Datuk A Samad Said muncul di Permatang Pasir bagi meminjam pentas PAS untuk lanjut menjelaskan kedudukan PPSMI sekarang.

”Saya datang untuk meminjam pentas PAS untuk lanjut menjelaskan apa yang sedang berlaku dalam kelompok seniman untuk menegakkan Bahasa Kebangsaan,

”dan saya amat tidak senang apa yang sedang berkembang khususnya ternampak semacam ’olang-alik’ dalam usaha mansuhkan PPSMI,”katanya dalam sidang Media bersama pemimpin PAS di Markaz Besar Pilihanraya Permatang Pasir hari ini.

Beliau turut kesal kerana menurutnya ’kuasawan’ BN tidak menghormati perjuangan seniman dalam menegakkan bahasa kebangsaan.

Katanya, BN tidak menunjukkan kesungguhhan dalam memertabatkan bahasa Melayu.

"Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu.

"Bahasa Melayu itu diperhina terus,"kata beliau.

Malam ini, Pak Samad dan beberapa exco GMP dijadual berkempen di pentas PAS pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bagi mendesak pemansuhan segera dasar kontroversi itu.

Tiada ulasan: