HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Ogos 2009

Penyokong dari Masjik Jamek terperangkap di jalan Masjid India

Tarmizi Mohd Jam


KUALA LUMPUR - Beribu-ribu terperangkap di Jalan Masjid India apabil polis mengepung laluan menuju ke Sogo. Mereka penyokong Mansuh ISA yang bergerak dari Masjid Jamek selepas usai menunaikan solat fardu Zuhor jam 2 petang tadi.

Menurut Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin yang terperangkap di sana, kumpulan penyokong tidak boleh bergerak dan beberapa orang terus di tahan.

Kumpulan tersebut mengambil jalan menuju Masjid India apabila FRU melepaskan gas pemedih mata di pintu utama keluar dari Masjid Jamek. Laungan takbir terus bertalu-talu mengiringi perarak tersebut.

Sementara itu, di luar komplek membeli belah, beberapa penggerak utama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ditahan dalam percubaan mereka berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara mulai jam 2 petang.

Antara yang ditahan termasuklah Ahli Jawatankuasa GMI merangkap Pengerusi Sokongan Keluarga ISA, Norlaila Othman, dan Bendahari GMI, Narshita Mohd Nor. Meraka ditahan bersama pemimpin Pengerusi Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi.

Sebuah trak digunakan mengangkut mereka dari kompleks membeli-belah itu menuju suatu tempat yang tidak dapat dipastikan.

Sehingga kini, menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 penyokong himpunan MANSUH ISA sudah ditahan di beberapa tempat di tengah bandar dalam percubaan menganjurkan demonstrasi besar-besaran membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini. - tmj _

Tiada ulasan: