HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Ogos 2009

'Saya jalankan kewajipan'

UTUSAN ONLINE


PUTRAJAYA - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, terpulang kepada sesiapa untuk mencemuhnya asalkan beliau dapat melaksanakan kewajipannya mengingatkan kepada umat Islam bahawa syurga dan neraka itu adalah hak dan ketentuan Allah.

Malah, kata beliau, terserah juga kepada sesiapa hendak menerima penjelasannya itu kerana 'itu pun bukan haknya untuk memaksa mereka memperakuinya'.

''Isu masuk syurga atau neraka tidak sepatutnya dipolitikkan kerana bukan hak kita untuk menentukannya.

''Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang beriman dan bertakwa kepadaNya.

''Kita hanya mengamalkan apa yang diperintahNya dan menjauhi apa yang dilarangNya dengan harapan dan doa agar diterima keberkatanNya," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu memisahkan Islam dengan iman.

Katanya, sesiapa sahaja yang mengasingkan iman daripada Islam seperti yang diamalkan parti yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara itu tidak akan diterima Allah.

Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dipercayai ada kaitan dengan kempen pilihan raya kecil Permatang Pasir ketika ini yang menyaksikan persaingan sengit antara Pas dan Barisan Nasional (BN).

Tiada ulasan: