HALAMAN SANTAI

Sabtu, 19 September 2009

Simpan pemadam api dalam kereta

BERNAMA


IPOH - Orang awam yang akan memandu pulang ke kampung halaman dinasihat menyimpan pemadam api mini di dalam kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, langkah itu bagi memastikan jika berlaku kebakaran kecil pada kenderaan, langkah awal dapat diambil.

"Selain kereta diselenggara dengan menyeluruh, mengambil langkah-langkah secukupnya bagi memastikan rumah selamat, berehat ketika mengantuk, saya juga amat galakkan menyimpan pemadam api kecil di dalam kereta," katanya kepada pemberita selepas Taklimat Persediaan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak sempena 'Ops Raya' di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Hamzah Abu Bakar bersama pemberita dari Kuala Lumpur menjalankan tinjauan udara sempena Ops Raya dari Subang ke Perak.

Beliau berkata, keadaan trafik di Projek Lebuh Raya Utara-Selatan Berhad (PLUS) dijangka menjadi sesak lewat petang ini hingga malam esok apabila lebih ramai lagi akan pulang ke kampung masing-masing.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 9,600 daripada 13,000 anggota bomba dibekukan cuti dan akan bertugas sepanjang bulan perayaan ini bukan sahaja di lokasi 'emergency response' malahan juga di balai bomba seluruh negara.

Tiada ulasan: