HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Oktober 2009

Cerita karut gugat akidah umat Islam

FARUSH KHAN


SAYA tidak pernah lihat sejadah berdiri, tetapi kalau hantu dan pontianak, memang banyak kali saya jumpa.

Masa kanak-kanak saya dan kawan-kawan sebaya kerap bercempera diterkam hantu. Apa lagi kalau di kawasan kubur belakang masjid. Ada benjol dahi terhantuk tiang. Yang lemah semangat demam sehari.

Apabila kami remaja, kami pula menerjah hantu,. Lebam dan calar balar muka dan badan hantu kami kerjakan,. Keesokannya tahulah kami siapa jadi hantu.

Barangkali ia lucu, tetapi mengajar kita mengenali dunia yang penuh pancaroba, Dunia masuk Abad ke-21, namun kepercayaan karut terus menebal.. Jika tidak masakan buku dan filem hantu dan pontianak laris seperti pisang goreng

Orang sanggup bersusah payah hendak menyaksikan yang pelik. dan karut. Muzium yang biasanya lengang tiba-tiba sesak dengan pengunjung dari merata ceruk apabila ada pameran hantu dan pontianak.

Filem seram , Exorcist (1973) , .walaupun karut, meraih keuntungan US$402.5 juta dan mendapat 10 pencalonan Academy Award. Akhbar menyifatkannya filem seram terhebat sepanjang zaman.

Di pawagam kita pula ada macam-macam pontianak - Pontianak (1957), Dendam Pontianak (1957), Sumpah Pontianak (1958), Anak Pontianak (1958), Pontianak Kembali (1963), Pontianak Gua Musang (1964), Pusaka Pontianak (1965), Pontianak (1975), Pontianak Harum Sundal Malam (2004) dan Pontianak Harum Sundal Malam 11 (2005).

Selagi kita teruja dengannya, pontianak pasti kembali menghantui semangat kita. Salah salah ia menguasai akidah kita.

Saya teringat polemik selepas Neil Alden Armstrong dilaporkan menjejak kaki di bulan pada Julai 1969. Timbul pertanyaan. bagaimana Nabi Muhammad SAW, naik langit ke tujuh dalam satu malam sahaja?

Masih jelas bagaimana seorang ustaz, ditanya mengenai peristiwa Israk dan Mikraj merungkaikan kekusutan fikiran hanya dengan kisah dua semut – seekor di Kuala Lumpur dan seekor lagi dari Kelantan, sebagai analogi. Ceritanya begini:

Semut KL: Tuan bercakap loghat negeri pantai timur. Tuan dari mana?
Semut Kelantan: Kawe (kawan) dari Kelate.
Semut KL: Bila tiba di KL?
Semut Kelantan: Duo je (jam)
Semut KL: Bagaimana boleh?

Semut Kelantan: Pagi takdi kawe dok celoh buoh mbukte (rambutan) di so (satu) kebun di Kelate. Tibo-tibo tue (tuan) kebun petik mbukte dan jualnyo. Hok beli tu masukke mbukte denge kawe skali dale beg. Pahtu naik kapa terbe (kapal terbang). Lepah make (makan), dio bue (buang) kulit denge kawe-kawe skali. Kawe pun turun sini.

Hakikatnya, semut itu tidak berjalan sendiri. Dia “dijalankan”. Samalah dengan apa yang disebut dalam al-Quran mengenai perjalanan Nabi Muhammad SAW!

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya (Nabi Muhammad SAW) pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (Q.S. Al-Isra’ :1)

Satu lagi cerita.. Seorang angkasawan, yang baru turun dari angkasa, bertemu seorang mubaligh. Angkasawan itu, secara sinis, berkata: “Saya sudah naik begitu jauh ke angkasa, tetapi tidak pula bertemu dengan Tuhan saudara."

Mubaligh itu tidak ambil masa panjang untuk menjawab. Katanya: “Anda silap. Masa di angkasa, anda sepatutnya cabut corong gas dari hidung anda. Nescaya anda akan "berjumpa" Tuhan saya dalam masa kurang dua minit".

Allah Maha Besar.

Apakah cerita pelik patut mengusutkan fikiran? Yang penting kita perlu tanya diri sendiri lagi dan lagi dan lagi, apakah akidah kita tiada kepada yang lain kecuali kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa atau kita masih mahu terus meraba-raba?

Tiada ulasan: