HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Oktober 2009

Pemuda PAS ditahan protes Kosmo!

BERNAMA


Dua lelaki termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahya ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram semasa cuba menghantar memorandum kepada Ketua Biro akhbar Kosmo! Kedah Ahmad Syahir Kassim di Bangunan Tunku, di Alor Setar semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Abdul Ghafar Rajab berkata Ahmad dan seorang anggota exco Dewan Pemuda PAS Kedah itu ditahan selama satu jam untuk diambil keterangan berhubung insiden yang berlaku kira-kira 4.30 petang.

Beliau berkata kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

"Polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana menganjurkan perhimpunan haram tanpa permit dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya kepada pemberita.

Difahamkan, lebih 40 penyokong PAS berkumpul di hadapan Bangunan Tunku bagi menghantar memorandum sebagai tanda bantahan terhadap penyiaran artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat' yang disiarkan akhbar Kosmo! kelmarin yang mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat.

Tiada ulasan: