BERNAMA
KUALA LUMPUR - Badan Kehakiman Malaysia perlu melihat menjangkaui sempadan nasional dan menerima pakai lebih banyak pemikiran dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa dalam membuat keputusan perundangan, titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.
Baginda bertitah, ia adalah amalan biasa dalam kebanyakan negara maju pada masa ini dan bukan menjadi alasan bagi Malaysia untuk tidak melakukannya.
“Ia bukan berkenaan meniru pihak lain, ia berkenaan usaha mencari penyelesaian kepada masalah tempatan melalui perundingan dengan piawaian yang diterima secara universal. Ia berkenaan mendapatkan pengalaman pihak lain yang menghadapi masalah yang sama,” titah baginda semasa berucap di hadapan sejumlah besar pakar undang:-undang dan pentadbir badan kehakiman semasa merasmikan kolokium Badan Kehakiman mengenai hak asasi manusia, di sini.
:Baginda bertitah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di negara-negara lain telah menjalankan peranan sebagai 'amicus curiae' atau rakan mahkamah dan menawarkan pendapat-pendapat pakar berhubung isu hak asasi manusia.
"Apabila ia berkaitan mendukung hak asasi manusia, tanggungjawab itu betul-betul berada di anak tangga Istana Keadilan, tiada badan yang lebih penting daripada badan kehakiman yang mana memandangkan peranan dan fungsinya yang mendukung perlembagaan dan hak-hak yang diberikan kepada warganegara.
“Mahkamah adalah dan akan sentiasa menjadi perkataan muktamad yang menentukan penyampaian keadilan,” titah baginda.
Bagaimanapun, titah baginda, kedudukan ini tidak menyenangkan dan menyebabkan orang lain iri hati.
Raja Dr Nazrin Shah bertitah, bahawa isu keadilan hanya boleh diselesaikan melalui perbicaraan adil dan aplikasi undang-undang yang konsisten dan memerlukan keberanian hebat.
“Orang ramai selalunya tidak akan menerima dengan baik sesuatu keputusan dan ia sudah pasti ada pandangan yang menentang, berasaskan, beta agak, di mana letaknya kepentingan seseorang itu.
“Hasilnya, hari ini kita ada sejumlah isu politik dan sosial untuk sesuatu sebab atau kerana lain, menjadi buntu dan hampir sukar dipengaruhi,” titah baginda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan