HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Oktober 2009

Kursus SPIES Perbaiki Penyampaian Awam Pemimpin Masyarakat

MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN


SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumpulkan seramai 70 pemimpin masyarakat dalam satu kursus yang dianjurkan melalui program SPIES.

Kursus dua hari ini bertujuan memberi pendedahan mengenai teknik komunikasi dan meningkatkan daya kemimpinan mereka dalam pertubuhan masing-masing.

Koordinator SPIES, Nazri Abdul Aziz berkata ia penting kerana pemimpin peringkat masyarakat ini memainkan peranan menyalurkan agenda pembangunan kerajaan negeri.

“Kita lebih kepada membangun masyarakat yang boleh berinteraksi, terutamanya boleh mengeluarkan ide dan pandangan dari sudut “Public Speaking” dan juga komunikasi di mana sesuatu pelaksanaan yang dilakukan Kerajaan Negeri, jadi kita perlukan elemen-elemen untuk menyampaikan kepada orang awam”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada Tv Selangor ketika ditemui selepas menghadiri Kursus Kepimpinan di Shah Alam, hari ini.

Bagi peserta kursus ini, ia dapat membantu mereka lebih yakin dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

“Bagi saya kursus ini amat penting, amat baik daripada peringkat awal tadi penyampaian daripada penceramah kita Encik Saiful menampakkan seseorang yang bergiat dalam parti, aktif dalam parti politik dan ingin menyampaikan kepada orang ramai hasrat parti, bagaimana nak berkempen perlulah menghadiri program-program macam ni”, kata peserta dari Sepang, Elias Othman.

Peserta kursus ini terdiri daripada pemimpin masyarakat seperti ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Penghulu dan ahli jawatankuasa parti komponen Pakatan Rakyat di seluruh Selangor.

Tiada ulasan: