HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Oktober 2009

Hadi persoal isu pendidikan Islam, Bahasa Arab

Dzulfikar Mashoor


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Marang Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoal usaha kerajaan dalam meningkankan kebolehupayaan pelajar menguasai bahasa Arab peringkat menengah.

Ianya ekoran Universiti Azhar manarik semula pengiktirafannya terhadap Malaysia, kerana pelajar di negara ini didakwa gagal menguasai bahasa itu dengan baik.

Menjawab soalan lisan di Parlimen pagi tadi, Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Dr. Mohamad Fuad Zarkasyi menjelaskan masalah tersebut dibawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Pun begitu, Menteri Pelajaran tersebut menjelaskan sebanyak RM1.2 juta diperuntukan untuk guru bahasa arab dan penyediaan bahan bantu mengajar (BBM).

Ujarnya lagi, pengenalan bahasa Arab di peringkat sekolah bermula pada tahun 1977, dan berkembang sehingga kini melalui program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF).

Tambahnya lagi, seramai 1,287,250 murid telah didedahkan tentang pengajaran bahasa Arab di 4467 buah sekolah.

Kerajaan juga telah menubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sejak 1997, sehingga kini diperkenalkan pula Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah-sekolah kelas harian.

Mencelah kemudiannya, Hadi yang juga Presiden Pas meminta Fuad menjelaskan pula usaha kerajaan menangani Islamphobia melalui pendekatan pendidikan Islam.

Menjawab soalan tambahan itu, Fuad menjelaskan isu Islamphobia adalah cabaran bersama, tanpa mengira warna kepartian Umno atau Pas.

Sebelum menamatkan jawapan lisannya, Fuad sempat mencuit Hadi mengatakan beliau menyokong idea Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan Hadi demi kepentingan politik Umno dan Pas sendiri._

Tiada ulasan: