HALAMAN SANTAI

Isnin, 19 April 2010

BN diyakini kempunan di Hulu Selangor

Mohamed Noor Jaafar


HULU SELANGOR: Kredibiliti calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim tidak perlu dipertikaikan berbanding calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan serta dua calon bebas, Johan Mohd Diah dan V. S. Chandran yang bertanding pada pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini.

Pengundi dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor juga tidak mempertikaikan pemilihan Zaid bertanding di kawasan itu asalkan mampu membawa perubahan, memberi perkhidmatan terbaik dan mengubah nasib masyaralkat di situ.

Tambahan pula rakyat di Hulu Selangor ketika ini sudah menikmati beberapa kemudahan dan pembangunan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor walaupun baru dua tahun diperintah Pakatan Rakyat (PR) membabitkan PKR, PAS dan DAP.

BN walaupun begitu lama mentadbir negeri, gagal memenuhi cita rasa rakyat, sebaliknya pemimpin parti itu lebih mementing kekayaan sendiri daripada membela nasib rakyat terutama golongan miskin.

PR yang diterajui PKR walaupun baru dua tahun memerintah, terbukti mampu melegakan rakyat berbanding BN walaupun sekian lama memerintah.

Begitu juga nasib yang menimpa rakyat di negeri lain yang diperintah BN boleh dikatakan tidak boleh dibanggakan kerana golongan miskin masih terpinggir sebaliknya yang kaya adalah pemimpin dan kroni mereka.

Taraf hidup rakyat Kelantan kini boleh dikatakan lebih baik sejak diperintah PAS berbanding keadaan mereka ketika BN memerintah negeri itu dan atas alasan itu juga rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu terus memberi kepercayaan kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerajui negeri.

Ramai yakin BN akan terus 'kempunan' untuk menawan semula negeri itu tambahan pula BN bertindak enggan membayar royalty minyak kepada kerajaan negeri.

Beberapa orang rakyat Terengganu yang ditemui pada hari penamaan calon di Kuala Kubu Bharu 17 April lalu menyatakan kekecewaan mereka kerana BN yang memerintah negeri asyik bergolak sesama sendiri, sedangkan nasib rakyat tidak terbela.

Menurut mereka kerajaan BN yang diterajui Datuk Ahmad Said tidak banyak melaksanakan projek dan program menguntungkan rakyat berbanding ketika diperintah Pas yang menghapuskan cukai pintu.

“Kami turut sedih apabila kerajaan BN menafikan royalti minyak hak rakyat Terengganu, sebagaimana yang dilakukan terhadap rakyat Kelantan, sdebaliknya menggunakan royalti yang dinamakan wang ehsan untuk kepentingan politik mereka.

“Jika beginilah sikap pemimpin BN, tidak mustahil PAS akan menguasai semula pemerintahan negeri, manakala Kelantan akan terus diterajui PAS,” kata salah seorang dari mereka.

Selangor walaupun baru dua tahun memerintah , tetapi rakyatnya sudah mula menikmati hasilnya.

Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor sudah melaksanakan banyak perubahan dan dinikmati rakyat negeri itu berbanding yang dilakukan Menteri Besar kerajaan BN yang lebih mengutamakan kekayaan untuk sendiri dan kroni serta pemimpin Umno.

Walaupun baru dua tahun memerintah rakyat Selangor sudah menikmati air percuma, subsidi bayaran bil elektrik, bantuan persekolahan bagi pelajar yang layak memasuki universiti serta kolej dan bantuan khairat kematian RM2,500 kepada semua wargatua dari pelbagai kaum yang meninggal dunia.

64,500 pengundi di Hulu Selangor sudah pasti tidak terpedaya dengan taktik lama BN yang menabur pelbagai janji manis setiap kali pilihan raya seperti yang dilakukan pada pilihan raya kecil sebelum ini, janji tinggal janji.

Dalam tinjauan kami di Hulu Selangor dan menemui beberapa penduduk, rata-rata mereka mahu calon PKR meneruskan kesinambungan yang ditinggalkan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Tambahan pula berdasarkan jumlah pengundi Melayu seramai 34,020 atau 52.7 peratus, Cina 16,964 (26.3 peratus), India 12,453 (19.3 peratus) dan 1,000 pengundi Orang Asli, menampakkan peluang Kamalanathan begitu tipis kerana perpecahan berlaku dalam parti MIC, MCA serta Umno sendiri setelah dua bekas pemimpin iaitu Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Tan Sri Kohd Khir Toyo dipinggir.

“Soal calon (Zaid) bukan rakyat tempatan tidak menjadi hal bagi saya asalkan dia dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat. Jika rakyat Kelantan boleh terima calon dari negeri lain bertanding di negeri itu, tidak ada sebab bagi pengundi di Hulu Selangor menolaknya tambahan Zaid lebih banyak masa berada di Kuala Lumpur berbanding di negeri asalnya,” kata Rosli Mohd Noor.

Menurut Azhar Omar pula, rakyat akan memilih calon PKR memandangkan sudah ada calojn BN yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen itu.

Kamalanathan pula adalah calon bidang terjun yang tidak disenangi rakyat sebab itu dia akan turut digubat dua calon bebas dari MIC dan Umno.

Katanya, ramai juga penduduk dari Kelantan yang menetap di Bukit Beruntung akan membantu memastikan Zaid memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini kerana mereka sudah bosan dengan janji yang ditabur wakil rakyat BN.

Kekalahan calon BN dari MIC, Datuk G Palanivel yang menguasai Hulu Selangor selama empat penggal sejak 1990 kepada calon PKR, Dr Zainal Abidin (PKR) pada pilihan raya umum lalu dengan majority 198 undi membuktikan rakyat sudah muak dengan kerenah BN yang bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Tiada ulasan: