SHAH ALAM : Kerajaan Selangor bersetuju memberi pengecualian bayaran cukai pintu kepada penyewa dan pemilik kediaman mahupun premis perniagaan yang tidak diduduki di Hulu Selangor.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Exco, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pemilik atau penyewa bangunan hanya perlu buat permohonan pengecualian, bermula Mei ini.
"Pemilik rumah kedai dan premis perniagaan yang tidak mendapat sewa serta tidak diduduki, boleh membuat permohonan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tidak dapat pengecualian cukai pintu," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil tindakan itu berikutan banyak kediaman dan premis perniagaan di Hulu Selangor didapati terbiar dan tidak diduduki.
"Banyak kedai dan premis perniagaan yang dimiliki pelabur tidak mendapat hasil kerana tiada penyewa. Mereka yang dalam keadaan itu boleh memohon untuk tidak membayar cukai pintu kerana tiada pendapatan atau tidak menggunakan tempat itu," katanya.
Menegaskan tindakan itu bertujuan meringankan beban pemilik premis, Khalid berkata, permohonan pengecualian berkenaan juga dibuat di PBT kawasan masing-masing.
"Ini diharap mengurangkan beban mereka yang sudah memiliki premis perniagaan dan rumah kedai dari terbeban membayar cukai pintu itu berkuat kuasa 1 Mei ini," katanya.
HALAMAN SANTAI
Khamis, 22 April 2010
Pemilik Premis Hulu Selangor Tidak Berpenghuni Dikecuali Dari Cukai Pintu
TV SELANGOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan