| BERNAMA | ||
| |
Fong Chuen Kuen, 61, dari Kampung Stesen Tambahan, Hulu Yam Lama, berkata beliau gembira memiliki kad itu yang akan memudahkannya untuk membeli harta dan mendaftar sebagai pengundi di kawasannya.
Fong yang dilahirkan di China dan datang ke negara ini pada 1959, telah memohon sebanyak tiga kali kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan kad pengenalan sejak 1963 tetapi dimaklumkan bahawa permohonannya itu ditolak.
"Saya sudah tiga kali memohon mendapatkan kad pengenalan biru tetapi ditolak pihak JPN dua kali. Baru-baru ini saya dimaklumkan JPN bahawa kad pengenalan biru saya sudah siap tetapi saya tiada masa untuk mengambilnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sijil warganegara daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Taman Seri Cahaya, Batang Kali di Hulu Selangor.
Bapa kepada enam orang anak itu melahirkan rasa bersyukur kerana mendapat sijil warganegara pada saat-saat menjelang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Seorang lagi penerima, Nagamah Kerisnan, yang dilahirkan di Batang Kali dan kini menetap di Kerling yang sebelum ini memegang kad pengenalan merah, mendapat sijil warganegara hari ini setelah menunggu empat tahun.
"Dengan memiliki sijil ini, maka proses mendapatkan kad pengenakan biru juga akan menjadi lebih mudah," kata ibu kepada dua orang anak itu.
Amirul Shafiq Zabidin yang menerima sijil warganegara bagi pihak anak angkatnya, Nurul Layyina Zainal Abidin, 7, berkata dengan sijil itu, anak angkatnya itu akan dapat menikmati segala kemudahan di sekolahnya.
Sementara itu dalam majlis itu, Ketua Wanita MIC Datin Paduka P Komaladevi berkata Wanita MIC mengadakan lawatan dari rumah ke rumah bagi menyelesaikan isu warganegara Malaysia yang masih memegang kad pengenalan merah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan