HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 April 2010

Penyelewengan BN

Blog Zaid Ibrahim


Selepas 50 tahun berkuasa, gejala rasuah telah menjadi budaya yang menjangkiti setiap rusuk Barisan Nasional. Rakyat di Hulu Selangor kini berpeluang memberi mesej yang jelas bahawa korupsi dan silaptadbir tidak akan dibiarkan berleluasa lagi.

Di antara kes-kes terkini yang menunjukkan keparahan tahap tamak haloba di kalangan pemimpin BN termasuk kes air dan syarikat Syabas. CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail (Bendahari Umno Hulu Selangor) menetapkan gajinya sendiri setinggi RM 5.1 juta setahun dan menganugerahkan kontrak RM 600 juta kepada syarikat Indonesia yang dimilikinya.

Perkara-perkara yang sama boleh dilihat dalam pengendalian YBK di bawah kerajaan Selangor BN, di mana tanah yang sepatutnya digunakan untuk menolong rakyat miskin digunakan untuk perniagaan yang menguntungkan golongan berkepentingan sahaja.

Di medan antarabangsa, pembelian kapal-kapal selam Scorpene oleh syarikat Perancis menimbulkan ramai syak wasangka penyiasat Perancis kerana pemberian kontrak RM 534 juta kepada syarikat Abdul Razak Baginda yang tiada apa-apa kemahiran atau pengalaman berkaitan kapal-selam.

Untuk memulihkan imej buruk kerajaan Malaysia akibat kes-kes ini, kerajaan kini telah memberi kontrak RM 77 juta setahun duit rakyat kepada APCO, sebuah syarikat perhubungan media yang dipimpin oleh elemen-elemen Zionis dan bekas perisik Israel.

Kecenderungan kerajaan BN untuk menunduk kepada kehendak Barat dinampak lagi dengan keputusan kerajaan untuk menghentikan pembekalan gas ke Iran.

Natijah kegagalan BN untuk menjunjung amanah rakyat dan menjaga aset-aset negara dengan berintegriti, kita bertanggungjawab menolak wakil-wakil rakyat yang menyokong kerajaan yang rakus, serta mengangkat pemimpin-pemimpin yang menentang rasuah tanpa mengenal lelah dan menegakkan keadilan sejati untuk semua.

Tiada ulasan: