HALAMAN SANTAI

Sabtu, 17 April 2010

Saya tidak berkempen di Hulu Selangor – Dr Mahathir

MALAYSIA TODAY


mahathir-mohamad Oleh Muda Mohd Noor


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak berkempen membantu Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan pidato perdana sempena 44 tahun penubuhan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di ibu negara hari ini.

Ketika ditanya mengenai peluang antara BN dan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, Dr Mahathir berkata, "ia bergantung kepada pengundi Hulu Selangor."

"Parti lebih penting daripada calon, jadi tolong pilih parti. Kalau calon seorang, dia tidak boleh buat apa-apa. Dalam pilihan raya ini kena buat pilihan baik-baik," katanya lagi.

Apabila diminta mengulas sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang akan menang di dalam pilihan raya itu, Dr Mahathir berkata, kalau rakyat hendak pembangunan mereka akan memilih calon BN.

Katanya, jika pengundi mengutamakan emosi, mereka akan memilih pembangkang.

Bagaimanapun, bekas Presiden Umno itu berkata, pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tidak boleh dijadi kayu pengukur kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, kayu pengukur sama ada orang boleh menerima Najib atau tidak ialah dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Pilihanraya kecil (Hulu Selangor) hanya main-main sahaja," katanya secara sinis.

Tiada ulasan: